/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Friday, August 7, 2015

Pakej Murah Di Langkawi




Pakej adalah untuk sepanjang tahun 2015

Selamat datang ke Langkawi. Pihak Penginapan JNT Langkawi menawarkan pakej percutian keluarga yang menarik dengan harga yag berpatutan.

Lokasi Penginapan yang strategik memudahkan kelancaran percutian anda di Langkawi. Terletak di tengah-tengan antara Pekan Kuah dan juga Pantai Cenang.

Bilik yang bersih dan selesa menjamin kepuasan anda. Selamat Datang Ke Langkawi!!


Friday, June 19, 2015

Kedai Buku Online Iman Aidan Store


Assalamualaikum..

Di sini ingin dikongsi bersama mengenai sebuah kedai online iaitu Iman Aidan Store. Kelebihan store ini adalah pemilik store banyak mengetengahkan barangan koleksi peribadi mereka seperti buku akademik, buku kanak-kanak, pinggan magkuk, cenderahati dan pelbagai yang kebanyakkannya di beli semasa menetap di sekitar perantauan.

Kualiti barangan adalah sangat dijaga. Kelebihan Iman Aidan Store adalah harga yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan. Berikut adalah senarai beberapa tajuk buku akademik dan buku kanak-kanak yang boleh di dapati di dalam Iman Aidan Store

Buku Akademik 








OXFORD English Usage -RM39 (termasuk pos)
OXFORD English Grammar -RM39 (termasuk pos)
OXFORD THESAURUS- RM25 (termasuk pos)
Kamus Prima -RM25 (termasuk pos)

Buku Akademik


















Kenali Loghat Terengganu -RM12 (termasuk pos)
Accounting and Finance for Non-Accountants -RM49
The Oxford Thesaurus -RM25 (termasuk pos)
Prinsip Pengurusan Operasi- Harga RM40
Managerial Accounting 11th Edition-RM60 (termasuk pos)
Principles of Managerial Finance 11th Edition-RM60 (termasuk pos)
Financial Management 11th Edition -RM60 (termasuk pos)
Corporate Finance 7th Edition -RM55 (termasuk pos)
Core Concept of Accounting Information -RM40 (termasuk pos)
Accounting and Financial for Non-Accountants -RM49 (termasuk pos)
Accounting for Non-Accounting Students 6th edition -RM52 (termasuk pos)
Managerial Accounting 7th Edition -RM60 (termasuk pos)
Cost Accounting 11th Edition-RM60 (termasuk pos)
Financial Accounting 4th Edition-RM57 (termasuk pos)
Accounting in a Business Centex 3rd Edition- RM47 (termasuk pos)
Corporate Accounting Information System- semak Iman Aidan Store
Managerial Accounting 10th Edition- semak Iman Aidan Store
Financial & Managerial Accounting- semak Iman Aidan Store
Operation Management 11th Edition- semak Iman Aidan Store
Issues in Management Accounting  2nd  Edition -semak Iman Aidan Store
Accounting and Finance for Non-Specialize- RM60 (termasuk pos)
Financial Statement Analysis: A Practitioner’s-semak Iman Aidan Store
Principles of Corporate Finance 6th Edition-semak Iman Aidan Store


Buku Kanak-Kanak

Buku Kanak-kanak


















Barbie The Wedding Planner -RM7 (termasuk pos)
My Easy-To-Read Stories -RM17 (termasuk pos)
My Ready-To-Read Stories-RM17 (termasuk pos)
Fun at The Fair-RM7 (termasuk pos)
Stories for the Very Young- RM12 (termasuk pos)
My Book of Fairy Tales & Fables-RM20 (termasuk pos)
Snow White pop-up book-RM12 (termasuk pos)
Bedtime Stories-RM29 (termasuk pos)
Disney’s 102 Dalmations Iman Aidan Store
Walt Disney Peter Pan Iman Aidan Store
Walt Disney Snow White Iman Aidan Store




Setiap barangan adalah dalam kuantiti satu sahaja. Siapa cepat dia yang dapat.

Terdapat pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan..


Monday, January 26, 2015

Langkawi Exotic Food- Kerabu Beronok Langkawi


Assalamualaikum....
Hari saya akan postkan kisah mengenai salah satu makanan ezotik yang terdapat di Langkawi iaitu Beronok. Dengar namanya pun dah tahu memang ezotik habis.

Apa itu Beronok

Beronok merupakan salah satu spesis gamat juga. Beronok boleh didapati dalam musim tertentu. Maknanya kalu anda bernasib baik jer anda boleh lihat Beronok. Selalunya penduduk tempatan turun ke laut untuk menangkap beronok pada waktu air laut surut di dalam kalendar Islam. Waktunya sama juga dengan waktu Ketam Nyiok Paya Bakau (lihat post sebelum ini) keluar iaitu pada 13-17hb dan juga 23-25hb setiap bulan.

Beronok yang belum di proses


Lihat dalam gambar diatas, comel-comel rupa Beronok tu..he..he.. Bagi sesiapa yang belum melihat Beronok, dia mesti merasa agak jangal dan sedikit mengerunkan, tapi percayalah Beronok adalah sejenis haiwan yang bersih dan suci dari dosa..kah..kah.

Beronok Dan Gamat
Sebenarnya  Beronok sama spesis  seperti Gamat, kedua-duanya bersifat panas dan sangat sesuai untuk kesihatan dalaman, seperti luka dalam perut dan sebagainya.Berbanding Gamat, Beronok lebih halus kulitnya. Dalam bahasa yang mudah, fizikal Beronok ini sama seperti sebuah belon yang dimasukkan air.Badan Beronok yang transparent membolehkan kita melihat isi kandungan perutnya. Ianya hanya dipenuhi oleh air laut dan juga lumpur/selut laut. Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa atau seperti sotong dan rasanya agak masin.

Gambar Beronok Dengan Lebih Dekat
Sebelum dipotong halus
Setelah di potong halus

Beronok Cepat Cair

Tentu anda tertanya-tanya, apakah masakan yang sesuai untuk Beronok?. Jawapannya, Beronok tidak boleh dimasak, di bakar ataupun direbus. Jika anda memasak Beronok akibatnya anda hanya mendapat hasil air laut semata-mata kerana Beronok apabila dimasak ia akan cair. Beronok juga tidak tahan lama, jika dibiarkan begitu saja tanpa kita berbuat apa-apa, ia akan cair.

Kerabu Benonok

Resepi yang popular untuk Beronok adalah Kerabu Benorok.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg beronok- yang telah dipotong dan dibersihkan
  • 1 ikat daun selong- dihiris nipis
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 sudu kerisik
  • 2 ulas bawang besar
  • 10 biji cili padi- ikut kesukaan anda
  • 1/2 cawan Serbuk beras – (beras disangai sampai kuning dan dimesin halus)
  • beberapa helai pucuk gajus- di hiris nipis..
  • lada sulah/lada hitam
  • garam
  • gula
CARA-CARA:
  1. satukan semua bahan tadi dan gaul hingga sebati.....
Kerabu Beronok..nyum..nyum
Akhir sekali..Selamat Datang Ke Pulau Langkawi..Jangan lepaskan peluang merasai keenakkan kerabu beronok..Makan sekali pasti mahu lagi...

Langkawi Exotic Food- Kerabu Beronok


Wednesday, April 9, 2014

Langkawi 23 Nelayan Nyaris Maut


09/04/2014 12:36pm

ALOR SETAR - Dua puluh tiga nelayan nyaris maut selepas sebuah bot menangkap ikan bilis terbakar dan karam berdekatan Pulau Lima, Langkawi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian menggunakan bot selepas beberapa minit menerima panggilan mengenai kejadian itu yang berlaku 10.30 pagi.

Katanya, kesemua nelayan dilaporkan selamat selepas dibantu bot nelayan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian. - Bernama

Sumber : http://www.kosmo.com.my


Tuesday, April 8, 2014

GST Tidak Dikenakan Di Pulau Langkawi


Alhamdulilah...

Dilaporkan GST yang akan bermula 1 April 2015 tidak akan dikenakan di tiga kawasan iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman.



Apa itu GST?


GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

 Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
  • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
  • Jual beli dan sewa rumah kediaman
  • Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST RM100 juta
  • Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Sumber:  http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529



Thursday, April 3, 2014

RM 4 Billion Bangun Perlancongan di Langkawi


Pada 30 Mac 2014... Perdana Menteri hari ini melahirkan harapan untuk melihat tiga juta pelancong mengunjungi Langkawi setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi negara.


Sunday, February 23, 2014

Langkawi Roro- Datang bersama Kenderaan anda ke Langkawi Dari Kuala Perlis


Terdapat satu lagi kemudahan yang di sediakan untuk para pelangcong  datang ke Pulau Langkawi.

Apa yang menariknya anda boleh membawa bersama kenderaan anda bersama-sama masuk ke Pulau Langkawi.

Konsep ini adalah seperti perkhidmatan Ferry dari Pulau Pinang yang menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar. Maklumat Lanjut ferry Pulau Pinang klik sini

Kadar Tambang Feri K.Perlis & Langkawi Harga Promosi (Dua Hala) Harga Promosi (Sehala)
Bil Jenis Kenderaan
1 Penumpang Dewasa
$ 34.00
$ 18.00
2 Penumpang 12 tahun ke bawah
$ 26.00
$ 13.00
3 Infant $ 6.00 $ 3.00
4 Kereta Biasa $ 320.00 $ 180.00
5 Kereta Komersil/Double cabin/Pacuan 4 Roda/ Van Persendirian $ 400.00 $ 220.00
6 Basikal $ 60.00 $ 35.00
7 Motosikal/250cc ke bawah $ 90.00 $ 65.00
Motosikal/250cc ke atas $ 140.00 $ 80.00
8 Bas
a) Van (13 seater ke bawah) $ 400.00 $ 220.00
b) Coasher (14-19 seater) $ 500.00 $ 270.00
c) Mini Bas (20-24 seater) $ 600.00 $ 320.00
d) Bas (25-34 seater) $ 900.00 $ 470.00
e) Bas (35 seater ke atas) $ 1120.00 $ 590.00
9 Lori
a) 2 Tan/ P-UP 1 Tan $ 320.00 $ 180.00
b) 3 Tan(8TM)/8DM 5Tan-14 Tan $ 420.00 $ 230.00
c) 4 Tan(8TM)/8DM 14Tan-15 Tan $ 520.00 $ 280.00
d) 5 Tan(8TM)/8DM 15Tan-16 Tan $ 620.00 $ 330.00

http://ceritaperlis.blogspot.com/2013/09/feri-my-roro-dari-kuala-perlis-ke.html
http://ceritaperlis.blogspot.com/2013/09/harga-dan-jadual-feri-my-roro-kuala.html


LANGKAWI BERSELAWAT..28/012/2014



BUAT SELURUH WARGA LANGKAWI...
AYUH BERAMAI-RAMAI HADIR KE MAJLIS INI...

Moga dengan kehadiran kita dalam majlis ini menjadi lambang kecintaan kita kepada bagi...nda Rasul SAW.

Hadirlah dengan memaksimumkan sunnah Rasul SAW pada diri kita seperti memakai jubah putih, berserban, memakai ridak, memakai wangi-wangian, dan lain-lain. Bawalah tasbih bersama insyaAllah.

Perbanyakkan selawat & salam kita pada baginda bermula saat ini sehingga tibanya saat MAJELIS RASULULLAH SAW diadakan pada hari JUMAAT (28 FEB 2014) di dataran Masjid Jami'ul Qadim (tapak pasar malam Ulu Melaka).

Ayuh kita hadir bersama-sama insyaAllah...


Monday, September 2, 2013

Minyak Ron95 & Diesel Naik Lagi


Jeng..jeng...sedang asyik dok surfing internet..terlihat lak ramai orang dok perkatakan tentang harga minyak naik lagi.

Apa lagi saya pun cari sumber berita..weh..memang naik la..bermula pkul 12 mlm ni minyak akan naik RM0.20.

Mesti sekarang dah berpusu-pusu kereta dok beratur kat stesen minyak.

Hehe..selamat mengisi minyak semua!!


Laman Web Langkawi bilik Sewa Murah kini sudah clean


Assalamualaikum..

Syukur alhamdulilah kini laman sesawang langkawibiliksewamurah.com sudah boleh di capai dengan mudah.

Dengan sembuhnya laman sesawang ini dari jangkitan diharap dapat memberi kemudahan kepada para pelanggan untuk mendapatkan info tentang penginapan murah di Langkawi.


Thursday, June 27, 2013

Laman Web Langkawi Bilik Sewa Murah Kena Serangan


Assalamualaikum...

Saya di minta oleh pihak pengurusan langkawibiliksewamurah.com untuk memaklumkan kepada pelanggan semua bahawa lawan web mereka telah di cerobohi.

Setiap kali pelanggan cuba mengakses ke lawan web www.langkawibiliksewamurah.com akan tertera alert seperti di dalam gambar.

Pihak pengurusan memaklumkan bahawa usaha gigih sedang di lakukan untuk memastikan laman web tersebut bebas daripada serangan.

Akibat daripada serangan tersebut, penempahan bilik menjadi sedikit merosot kerana pengguna tidak berani untuk melawati laman web tersebut setelah amaran dikeluarkan.

Sebarang kesulitan amat dikesali.





Tuesday, June 11, 2013

Menantikan 3 juta pelancong setahun ke Langkawi


LANGKAWI - Tumpuan utama kerajaan Kedah akan terarah kepada menarik kedatangan lebih tiga juta pelancong setiap tahun ke Langkawi, dengan unjuran pendapatan kasar tahunan berkaitan pelancongan sebanyak RM3.8 bilion menjelang 2015.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lepas, perolehan daripada kira-kira tiga juta pelancong ke Langkawi yang direkodkan berjumlah sekitar RM2.6 bilion.

"Kita perlu menggandakan usaha untuk merealisasikan matlamat kita. Bukanlah mudah untuk mencapai sasaran bagi Langkawi disebabkan saingan sengit dalam lingkungan wilayah ini daripada Bali dan Phuket.

"Untuk berada selangkah dua di hadapan mereka, kita mesti bertindak lain daripada yang biasa," katanya di sini Ahad selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Pekan Artisan Sdn Bhd yang akan menyaksikan pelaksanaan dua projek pembangunan eksklusif dan inovatif di Langkawi.

Memorandum itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli dan Ketua Pegawai Operasi Pekan Artisan Saifful Azhar Sabaruddin. Pekan Artisan adalah pemaju resort pelancongan dan daya penarik berimpak tinggi.

"Kita kini perlu memberi tumpuan kepada pelancong berkualiti, bukan 'backpackers' yang tidak berbelanja sangat. Hal ini pun berlaku di tempat lain juga, mereka tidak begitu menyumbang," katanya.


Sumber: SinarHarian.com


Friday, October 19, 2012

BELAJAR AL-QURAN CARA AL BAGHDADI DI LANGKAWI


Alhamdulilah..kini Al Baghdadi Learning Center (ALC) Beroperasi di Kuah Langkawi

Kaedah Pembelajaran AL-QURAN Teknik Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi merupakan pendekatan terkini yang dip[erkenalkan bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran Al-Quran serta menarik minat masyarakat islam kembali mencintai Al-Quran. 

Telah terbukti pendekatan menggunakan teknik ini mampu menarik minat anak-anak untuk mempelajari Al-Quran dan seterusnya mampu membaca Al-Quran dengan minat yang mendalam. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan iailah "Teknik Ketukan" yang didapati mampu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin dalam membacanya.

Alhamdulilah... kini penduduk Langkawi di kawasan Kuah boleh mempelajari teknik Al Baghdadi di Al Baghdadi Learning Center (ALC) di Kuah yang terletak bersebelahan Masjid Lama Kuah iaitu di Dewan Komuniti.   


Antara Pakej yang di tawarkan adalah seperti berikut:
-------------------------------------------------------
PAKEJ (Remaja dan Dewasa)
1. Tamhid 3 Bulan = RM300
2.Tajwid  3 Bulan = RM300
3.Talaqqi - Mengikut Pencapaian (RM50/1 bulan)

Pendaftaran:
*RM75 (sekali sahaja)
*1 set Al-Baghdadi dan kayu Ketuk
*Pentadbiran dan sijil
-------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------
PAKEJ (Kanak-kanak 6 tahun hingga 12 tahun)
1. Tamhid 6 Bulan = RM300
2.Tajwid  3 Bulan = RM300
3.Talaqqi - Mengikut Pencapaian (RM50/1 bulan)

Pendaftaran:
*RM75 (sekali sahaja)
*1 set Al-Baghdadi dan kayu Ketuk
*CD
*Pentadbiran dan sijil
-------------------------------------------------------

Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Ustazah Azizah Binti Bulat
(Pengurus Al Baghdadi Lerarning Center, Kuah, Langkawi)
Tel: 019-4975679/ 04-9594486


Friday, October 5, 2012

Kenapa LIMA Langkawi Bertukar Tarikh Pameran?



Petikan dan diterjemahkan berikut di petik  daripada Akhbar The SUN Daily

LANGKAWI (Dis 10, 2011): Pameran Maritim
akan mengadakan edisi ke-12 pada tahun 2013 Mac bukannya Disember seperti dalam 11 majlis-majlis yang lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hari ini.

Beliau berkata Lima '13 akan diadakan dari Mac 26 hingga 30 dalam berehat dengan tradisi selepas mengambil kira akaun permintaan daripada peserta kerana empat sebab utama.

Bercakap pada sidang media pada hari terakhir Lima '11 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, Ahmad Zahid berkata banyak pempamer merasakan bahawa peristiwa itu terlalu dekat Krismas dan bahawa mereka mahu pergi bercuti.

Beliau juga berkata Perkhidmatan Pertahanan (DSA) Asia pameran itu diadakan di Kuala Lumpur pada bulan April dan pempamer merasakan bahawa jurang dalam tempoh antara April dan Disember terlalu lama.

"Juga pada bulan Disember, kita menghadapi musim tengkujuh, walaupun masa ini perunding cuaca kita melakukan kerja yang baik.

"Tambahan pula, kebanyakan syarikat akan telah habis belanjawan mereka menjelang akhir tahun ini. Mereka akan mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja pada awal tahun," katanya
katanya.

Ahmad Zahid juga berkata profesional yang pertama di Malaysia aerobatik pasukan, Krisakti, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Selasa di sini, telah menerima permintaan selama lapan persembahan.

Mereka sedang diminta untuk melaksanakan semasa Hari Angkatan Tentera, Hari Tentera, Hari Tentera Laut dan Air Force Hari selain semasa Formula Satu, acara MotoGP dan Hari Kebangsaan, katanya, sambil menambah terdapat juga permintaan dari Brunei Darussalam.

Ahmad Zahid berkata hotel di Langkawi dilanjutkan kerjasama yang baik untuk Lima '11 dengan tidak menawarkan pakej mahal berbanding edisi sebelumnya Lima, dan menambah bahawa rakyat tempatan juga bertindak balas dengan baik untuk acara tersebut.

Lima '11 telah diadakan selama lima hari dari hari Selasa. Ia telah dibahagikan kepada dua bahagian, aeroangkasa di MIEC dan maritim di Awana Porto Malai. - Bernama


Thursday, October 4, 2012

LIMA 2013 -- 26-30 Mac 2013 (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition )



LIMA singkatan untuk Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition  telah terbukti menjadi satu platform yang sangat baik bagi pengeluar aeroangkasa, maritim dan industri yang berkaitan untuk memaparkan dan mempromosikan aeroangkasa teknologi terkini..  LIMA menjadi pameran yang  unik untuk aeroangkasa dan industri maritim dalam penerbangan komersial yang pesat berkembang di Asia, lapangan terbang dan pasaran pertahanan.

Hampir pada setiap pameran LIMA, banyak memorandum persefahaman ditandatangani. LIMA '11 sebagai contoh telah menjana perniagaan berjumlah RM8 Bilion melalui bilangan kontrak, surat tawaran dan penerimaan dan memorandum persefahaman.

LIMA setiap dua tahun menjadi tumpuan perhatian tempatan dan serantau. Pertama kali diadakan pada 1991, sehingga kini ia menjadi salah satu aeroangkasa yang paling berprestij di Asia dalam bidang maritim, acara komersial dan pertahanan.

Pada 2013, ia sekali lagi akan membentangkan satu peluang yang unik untuk mempamerkan produk, teknologi dan perkhidmatan kepada penonton sasaran yang berpengetahuan dan untuk menunjukkan kehadiran pemasaran di rantau ini.

Acara itu menarik kehadiran jumlah menghampiri 160,000, beratus-ratus peserta dari industri aeroangkasa antarabangsa, tentera, saintifik dan  delegasi perdagangan.

Info dipetik dari http://www.lima.com.my


Monday, October 1, 2012

Langkawi Asrama Wanita RM20/hari


Assalamualaikum...

Peluang kepada pelancong yang ingin menjimatkan belanja penginapan semasa melancong ke langkawi secara berkumpulan.

Pihak Penginapan Jnt menawarkan bilik yang selesa dan bersih yang berkonsepkan asrama.

Tawaran ini amat sesuai untuk pelancong yang datang secara berkumpulan seperti para pelajar sekolah/kolej/universiti atau keluarga.

Harga bilik serendah RM13/hari untuk seorang untuk dewasa, manakala RM15/hari untuk pelajar sekolah sahaja. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-4252249.


Saturday, September 15, 2012

Membina Blog Direktori Blog Percuma



Salam semua..

Peluang baik sesiapa yang mempunyai blog...laman web...ataupun kaedah boleh dicapai secara online.

Anda bolehlah iklankan di (http://www.1langkawi.com)

Peryertaan adalah percuma!!!.

Tujuan laman web ini adalah untuk membina satu senarai blog direktori yang banyak untuk mendapat PR (Page Rank) yang tinggi di Google..

semakin banyak peryertaan semakin bagus kerana laman web anda akan menjadi rujukan Google Search engine untuk mengimbas alamat blog-blog yang terkini.. makna peluang blog anda untuk berada dalam menarai carian pengguna adalah tinggi..

sebarkan kepada kawan-kawan juga ....(www.1langkawi.com)


jangan lepaskan peluang ini!!!..Percuma Jer!


Monday, January 9, 2012

Ironman Langkawi Triation Malaysia


Acara yang senantiasa dinanti-nantikan oleh mereka yang lasak iaitu Ironman Langkawi Triation Malaysia akan dilansungkan pada 12 Februari ini.

Ironman Langkawi Triation Malaysia yang mula diperkenalkan sejak tahun 1999 merupakan salah satu siri kejohanan kelayakkan ke pusingan akhir cabaran Ironman dunia di Kona, Hawaii. Ironman Langkawi melibatkan tiga displin di mana setiap peserta dikehendaki berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180.2 kilometer dan larian maraton sejauh 42.2 kilometer.

Setiap peserta diwajidkan menamatkan ketiga-tiga displin tersebut dalam tempoh 17 jam sebelum layak mendapat gelaran Ironman.

Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan itu sila hubungi Langkawi International Endurance Marathon (LIEM) di talian 03-26982863 atau email srsgroup.tm.net.my

Sumber: Kosmo, isnin 9 Januari 2012


Friday, December 23, 2011

PRU 13- Cara Menyemak Daftar Pemilih (Pengundi) Pilihanraya Ke 13


Assalamualaikum....Bahang Pilihanraya Ke 13 makin terasa..Semua pihak berteka-teki bilakah akan diadakan pelihanraya untuk negara kita.

Rasanya tidak salah untuk kita buat persediaan awal sebelum menjelangnya pilihanraya. Sebagai contoh,
  • kena tahu dimanakan tempat bakal kita membuang undi. 
  •  untuk membuat pertukaran alamat / kawasan pengundian
  • Baru mendaftar


Terdapat beberapa cara yang disediakan oleh pihak SPR untuk memberi kemudahan kita menyemak daftar pemilih. Diantaranya adalah secara sms dan juga online.

Semak Daftar  secara online SMS



Kaedah ini menenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM0.20 sahaja. Dengan menggunakan Handphone anda...ikuti langkah dibawah ini :-
.
Langkah 1):  
Taipkan : SPR SEMAK NO.IC
Contoh :  SPR SEMAK 821220122222

Langkah 2): 
Hantar Ke : 15888

Semak Daftar  secara ONLINE


Cara untuk membuat semakan daftar pemilih secara online amat mudah. Anda hanya perlu melayari website http://www.spr.gov.my dan mengisi nombor kad pengenalan di pautan Semakan Daftar Pemilih. SPR juga menyediakan perkhidmatan untuk menyemak pendaftaran pemilih isi rumah atau menyemak pendaftaran pemilih pilihan raya lebih dari seorang secara serentak. 

Sistem ini digunakan untuk anda menyemak pemilih-pemilih yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat yang sama. Sistem ini akan menyemak dan mengesahkan anda dan pemilih-pemilih tersebut akan mengundi di Kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama. Untuk menggunakan sistem ini hanya perlu klik di pautan Sistem Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah.

Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi
Kepada pengundi baru yang belum pernah mendaftar, sekiranya anda telah mencapai umur 21 tahun ke atas anda digalakkan untuk mendaftar di pejabat-pejabat Suruhjaya Pilihan Raya atau di pusat-pusat pendaftaran di kawasan anda. Cara untuk mendaftar pula, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan mengisi borang pendaftaran sebagai pemilih. Sila rujuk laman sesawang SPR untuk maklumat bagaimana untuk mendaftar, tempat-tempat mendaftar pemilih, syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar dan sebagainya.


Sunday, December 18, 2011

Mencari Anak Angkat di Langkawi


Assalamualaikum.....

Di sini saya ingin menyampaikan  hajat seseorang yang menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk mencari anak angkat yang baru lahir ataupun yang berumur 2 tahun ke bawah. Lelaki atau perempuan itu beliau tidak kisah.

Beliau memang berhajat untuk mendapatkan anak setelah lama berumahtangga tetapi tidak mempunyai rezeki. Beliau ada menghubungi beberapa badan kebajikan untuk tujuan tersebut tetapi  prosedurnya agak merumitkan dan beliau terpaksa menunggu lama kerana senarai yag mendaftar agak panjang.

Oleh yang demikian beliau mengambil altenatif lain dengan meminta saya menulis untuk mencari anak angkat di dalam ruangan ini moga-moga ada yang membaca dan dapat membantu. Saya doakan moga usaha murni beliau di berkati dan dipermudahkan Allah...Amin!

Beliau yang saya kenal sangat komited dan berpegang teguh  pada agama dan mempunyai pendapatan yang tetap. Bagi saya beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendidik anak.

Jika sesiapa mempunyai maklumat berkenaan dengan anak angkat silalah menghubungi beliau seperti berikut:
serojaputih12@yahoo.com



JOM

MAI KE

MAI KE

LANGKAWI

LANGKAWI
 

www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011