Assalamualaikum....Bahang Pilihanraya Ke 13 makin terasa..Semua pihak berteka-teki bilakah akan diadakan pelihanraya untuk negara kita.
Rasanya tidak salah untuk kita buat persediaan awal sebelum menjelangnya pilihanraya. Sebagai contoh,
- kena tahu dimanakan tempat bakal kita membuang undi.
- untuk membuat pertukaran alamat / kawasan pengundian
- Baru mendaftar
Terdapat beberapa cara yang disediakan oleh pihak SPR untuk memberi kemudahan kita menyemak daftar pemilih. Diantaranya adalah secara sms dan juga online.
Semak Daftar secara online SMS
Kaedah ini menenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM0.20 sahaja. Dengan menggunakan Handphone anda...ikuti langkah dibawah ini :-
.
Langkah 1):
Taipkan : SPR SEMAK NO.IC
Contoh : SPR SEMAK 821220122222
Langkah 2):
Hantar Ke : 15888
Semak Daftar secara ONLINE
Cara untuk membuat
semakan daftar pemilih secara online amat mudah. Anda hanya perlu melayari website
http://www.spr.gov.my dan mengisi nombor kad pengenalan di pautan
Semakan Daftar Pemilih. SPR juga menyediakan perkhidmatan untuk menyemak pendaftaran pemilih isi rumah atau menyemak pendaftaran pemilih pilihan raya lebih dari seorang secara serentak.
Sistem ini digunakan untuk anda menyemak pemilih-pemilih yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat yang sama. Sistem ini akan menyemak dan mengesahkan anda dan pemilih-pemilih tersebut akan mengundi di Kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama. Untuk menggunakan sistem ini hanya perlu klik di pautan
Sistem Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah.
Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi
Kepada pengundi baru yang belum pernah mendaftar, sekiranya anda telah mencapai umur 21 tahun ke atas anda digalakkan untuk mendaftar di pejabat-pejabat Suruhjaya Pilihan Raya atau di pusat-pusat pendaftaran di kawasan anda. Cara untuk mendaftar pula, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan mengisi borang pendaftaran sebagai pemilih. Sila rujuk laman sesawang SPR untuk maklumat bagaimana untuk mendaftar, tempat-tempat mendaftar pemilih, syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar dan sebagainya.