Kenderaan Langkawi yang mana cukai Kastam belum lagi dijelaskan boleh dibawa masuk ke tanah besar kawasan utara kastam dengan syarat berikut:
- Setiap kelulusan (trip) tidak melebihi 14 hari
- Dibenarkan berada di kawasan utara kastam selama 30 hari dalam mana-mana tahun
- Kenderaan mewah (nilai lebih RM150,000.00) perlu mengemukakan cagaran bank/bon am
- Pemilik hanya dibenarkan membawa masuk sebuah kenderaan sahaja dalam satu-satu masa
- Perlu mengisi Borang Kastam No.1 dan sertakan geran asal kereta berkenaan.
- Sebarang permohonan melanjutkan tempoh tidak akan dipertimbangkan
- Penilaian keeta dibuat berdasarkan WTO (World Trade Organisition)
- Pertanyaan awal dengan jumlah cukai terlibat boleh diperolehi daripada cawangan Import/Eksport, Tanjung Lembong, Langkawi, rujuk sini
- Duti import boleh dikecualikan sepenuhnya melalui peruntukkan di bawah butiran 141, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Pengecualian Duti Import Bagi Kenderaan Terpakai
Kenderaan berkenaan telah dikenalpasti dengan berpuas hati oleh Pegawai Kastam yang hak bahawa:
- Kenderaan telah dipasang di Kawasan Utara Kastam
- Kenderaan berkenaan adalah untuk kegunaan persendirian dan bukannya untuk tujuan perniagaan
- Kenderaan telah didaftar atasa nama pemilik di Langkawi tidak kurang dari 6 bulan
- Pemilik kenderaan berkenaan telah berpindah dari Langkawi ke Kawasan Utara Kastam
- Pemilik telah menetap di Langkawi melebihi 1 tahun
- Pemilik tidak akan melupuskan kenderaab berkenaan dalam masa 6 bulan dari tarikh diimport dari Langkawi
- Pemilik diberi pengecualian sepenuhnya dati import sahaja
3 comments:
asmkum..
nak tnya sket..
klau honda jazz pkai kat lgkawi agak2 brapa cukai kena klau nk bawa kluar?
dah 3 taun pakai
wsalam..terdapat sistem yang digunakan untuk mengetahui nilai cukai kenderaan terpakai,anda perlu berjumpa dengan pihak kastam yang terlibat dan bawa bersama geran keta tersebut,maklumat lanjut hubungi 04:9699010 (Kastam Bhgn Import/Eksport Tanjung Lembung)
Post a Comment