/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Thursday, March 31, 2011

Langkawi Sightseeing


Terdapat pelbagai tempat yang menarik menanti anda untuk dikunjungi, anda boleh menggunakan perkhidmatan Teksi , Perkhidmatan Bus ataupun menggunakan kereta sewa pandu sendiri. Berikut adalah tempat yang menjadi kebiasan para pelancong kunjungi apabila datang ke Pulau Langkawi:
  • Makam Mahsuri (The Tomb of Princess Mahsuri)
  • Underwater World
  • Dataran Lang (Eagle Square)
  • Kereta Kabel (Cable car Ride on Mountain Mat Cincang)
  • Oriental Village
  • Pulau Payar
  • Atma Alam Batik
  • Muzium Ibrahim Hussein
  • Pusat Menunggang Kuda 
  • Jabatan Tergantung Gunung Mat Cincang
  • Air Terjun Telaga Tujuh
  • Perkampungan Air Hangat (Hot Springs Village)
  • Beras Terbakar (Field of Burnt Rice)
  • Pantai Cenang
  • Pantai Tengah
  • Pantai Tengkorak Pantai Datai
  • Burau Bay
  • Tanjung Rhu
  • Galeria Perdana
  • Taman Burung 
  • Muzium Laman Padi
Ada beberapa pakej yang ditawarkan dengan menggunakan perkhidmatan Teksi:


Pakej A
Bilangan 1-4 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM120.00
*RM25/Jam  untuk masa tambahan
Pakej B
Bilangan 5-6 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM150.00
*RM30/Jam  untuk masa tambahan
Pakej C
Bilangan 7-8 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM170.00
*RM35/Jam  untuk masa tambahan
Pakej D
Bilangan 9-11 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM195.00
*RM40/Jam  untuk masa tambahan

Pemilihan lokasi untuk dilawati adalah bergantung kepada permintaan anda, Jangkamasa  perjalanan adalah 5 jam sahaja, namun anda boleh membuat penambahan masa dengan kadar tambahan dikenakan. Anda boleh menghubungi En Zuhdi (0195221817) untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan teksi.

Antara cadangan tempat menarik yang selalu dilawati oleh pelancong adalah:
1) Membeli Belah di Pekan Kuah (Hj Ismail Group, Idaman Suri dan banyak lagi)
Kawasan pusat Membeli belah untuk:
  • Pinggan mangkuk
  • Coklat
  • Beg beroda
  • Kain Batik & Kain Pelikat
  • Minyak Gamat dan Cenderahati
-----------------------------------------------------------------------------------------------
    2)Taman Burung Langkawi (Langkawi Bird Paradise)
    Tempat ini sesuai dikunjungi jika anda datang bersama keluarga. Tempat ini amat digemari oleh kanak-kanak kerana terdapat pelgabai jenis hidupan yang dilepaskan dan juga dikurung di dalam sangkar. Anda boleh bergambar dan juga memberi makan kepada hidupan tersebut.




    -----------------------------------------------------------------------------------------------

     3) Makam Mahsuri (Mahsuri Tomb)
    Melihat sejarah peninggalan Puteri Mahsuri seperti Makam beliau dan lokasi tempat tinggal beliau, serta anda akan dihiburkan oleh tarian dan persembahan tradisioanal penduduk tempatan. Disini juga anda boleh membeli pelbagai produk gamat seperti minyak gamat, air gamat, bam gamat, herba rebusan serta banyak lagi. Apa yang menariknya, produk gamat dijual sendiri oleh pengusaha gamat tanpa melaui orang tengah. Anda boleh mendapatkan harga yang murah jika anda pandai untuk tawar-menawar harga dengan makcik-makcik penjual gamat tersebut.
    -----------------------------------------------------------------------------------------------


    4) Dataran Lang (Eagle Square)
    Bertempat di Jeti Kuah dan menjadi salah satu daya tarikan pelancong kerana terdapat Replika Burung Helang yang amat besar dan seakan-akan seperti hidup. Replika Burung Helang tersebut menjadi mercu tanda Langkawi. Pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama replikasi Burung Helang sebagai tanda kenang kenangan dari Pulau Langkawi.


    -----------------------------------------------------------------------------------------------


    5)Underwater World Langkawi
    Adalah salah satu akuarium air laut dan tawar terbesar di Asia Tenggara.Ia telah menjadi salah satu harus melawat destinasi pelancongan di Langkawi dan telah menarik sejumlah besar pelancong asing mahupun tempatan.Konsep dan tema Underwater World Langkawi diarahkan Pengetahuan, Pendidikan dan Hiburan.
    Uniknya  Underwater World Langkawi adalah melalui terowong berjalan kaki dengan panjangnya  15 meter yang terdiri dari 500,000 liter air laut yang terdapat banyak ikan besar dan makhluk laut yang unik seperti kuda laut, singa laut, penguin, anakonda
    dan banyak lagi yang menarik sedang menunggu anda.

    Harga Tiket : RM38 (dewasa), RM28 (Kanak-kanak)
    Waktu operasi: 10.00 pagi- 6.00 petang
    -----------------------------------------------------------------------------------------------

    6)Langkawi cable Car
    Terletak di Oriental Village , Kereta kabel akan membawa anda naik ke Gunung Mat Cincang dengan 42 darjah menegak ke atas dengan perjalanan keseluruhan adalah 2.2 km. Anda boleh berhenti berehat di kemuncak Gunung Mat Cincang untuk mengirup udara segar dan jelas kelihatan dari atas keseluruhan Pulau Langkawi seperti berada di atas peta 3 Dimensi.Anda juga boleh melihat kecantikan Matahari terbenam di atas kemuncak gunung.
    -----------------------------------------------------------------------------------------------

    7) Taman Buaya (Crocodile Farm)
    Taman Buaya Langkawi terletak di Teluk Datai, sekitar 3Okm dari Kuah Town. Taman buaya seluas 20 hektar yang menampung lebih dari 1000 buaya. Antara yang menjadi tarikan pelancong adalah:
    • Memberi buaya makan
    • Melihat buaya dengan lebih dekat melaui jambatan yang disediakan
    • Melihat buaya bergelut sesama sendiri
    Harga tiket: (Dewasa) RM8.00, (Kanak-kanak) RM6.00
    Waktu Operasi:9.00 pagi- 6.00 petang
    -----------------------------------------------------------------------------------------------
    Selamat Datang Ke Pulau Langkawi, 
    Klik bahagian dibawah untuk jenis perkhidmtan yang diperlukan. 

    Stumble
    Delicious
    Technorati
    Twitter
    Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    JOM

    MAI KE

    MAI KE

    LANGKAWI

    LANGKAWI
     

    www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011