/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Friday, April 1, 2011

Sejarah Awal Pulau Langkawi


Ketika sedang mengemas pada mini perpustakaan di dalam rumah, saya terjumpa dengan buku yang mencatatkan tentang sejarah awal Pulau Langkawi. Setelah diamati dan dibaca, rasanya perlu saya catatkan kembali sejarah ini dengan harapan ia akan menjadi satu pengetahuan yang baru untuk para pelancong.

SEJARAH AWAL PULAU LANGKAWI

Sejak tahap awal lagi Pulau Langkawi memainkan peranan yang begitu menarik di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (Mcm Tajuk Filem Terbaru KRU jer..he..he) yang pengasas dinasti pemerintahan Negeri Kedah memilih suatu tempat yang berdekatan dengan Pulau Lada, iaitu nama terkenal Pulau Langkawi, sebagai tapak menunggu dan mencari anak Raja Rum yang kehilangan buat sementara waktu. Pada waktu dipercayai yang Gua Cerita di Pulau Langkawi merupakan tempat mendarat pengasas dinasti diraja Negeri Kedah. Ternyata Pulau Langkawi mempunyai talian sejarah yang rapat dengan Negeri Kedah.

Melaui aspek lagenda pula, selain daripada beberapa cerita mengenai tempat dan asal-usul nama-nama tempat di kepulauan Langkawi seperti cerita dongeng Belanga Pecah, cerita Tasik Dayang Bunting dan lain-lain, terdapat dua lagenda yang amat bermakna, iaitu lagenda tua Langkawi dan lagenda moden Langkawi. Begitu juga dengan kisah sumpahan Mahsuri yang terkenal dan telah menjadi pengetahuan umum dan tidak lagi memerlukan penceritaan yang panjang lebar.

Lagenda Tua

Mengenai lagenda tua Pulau Langkawi ia tidak begitu diketahui umum, walaupun ia juga jelas memperlihatkan keadaan pasang surut nasib Pulau Langkawi dan kaitannya dengan Negeri Kedah. Lagenda tua mengambarkan kaitan rapat Pulau Langkawi dengan Negeri Kedah dalam zaman silam, iaitu sebelum kedatangan agama Islam ke Negeri Kedah.
Sepanjang zaman itu Raja-raja Kedah dikehendaki mengorbankan seorang puteri kerabat diraja kepada seekor ular besar yang mendiami Pulau Langkawi, setiap kali berlakunya pengantian raja di Negeri Kedah atau apabila tercetusnya perang dengan negeri lain. Sebagai balasan, ular besar itu hanya menghadkan golongan mangsa makanannya kepada orang Siam, orang Mergui dan golongan makluk lain, manakala penduduk Melayu Kedah terselamat daripada kekejaman tersebut.
Tambahan lagi, ular besar juga menentukan keselamatan rumah dan keluarga para penduduk Kedah ketika tuan rumahnya menjalankan urusan di luar negeri. Pada waktu terang, ular besar menentang dirinya di luar pelabuhan untuk menghalang angkatan laut musuh dari memasuki dan menyerang Negeri Kedah dan Pulau Langkawi.

Bersambung nanti.....

Walau bagaimanapun, apabila Raja dan rakyat Negeri Kedah  memeluk Islam, jelas kepada mereka bahawa amalan mengorbankan seorang manusia sebagai makanan kepada ular besar adalah bertentangan dengan ajaran agama. Justeru itu maka amalan kurafat itupun dihentikan.

Keputusan menolak tradisi pengorbanan ini amat memarahkan si ular besar dan ia menunjukkan kemarahannya dengan memusnahkan Pulau Langkawi dan memakan penduduk serta segala isi yang ada di pulau itu. Malangnya tiada sesiapa pun yang terdaya menahan kejahatan Ular Besar. Bagaimanapun, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kepada hambanya yang beriman menamatkan malapetaka tersebut.

Seorang Sheikh Arab tiba-tiba sampai ke Negeri Kedah dan mengenalkan dirinya sebagai suruhan Ilahi yang dihantar untuk menamatkan kesengsaraan yang sedang dialami oleh masyarakat Melayu Negeri Kedah. Beliau terus membuat perjalanan ke pulau Langkawi.  

Sebaik tiba di Pulau Langkawi, orang tua yang alim itu tanpa membuang masa terus mengambil air sembahyang serta memakai serban berwarna hijau. Dengan Quran terjunjung di atas kepalanya, beliau sampai di kawasan kediaman ular besar tersebut. Di depan ular besar itu, beliau menghamparkan tikar sembahyang serta terus sembahyang dan membaca doa. Pada ketika itu juga ular besar membelit dan menelannya. Orang tua lalu melaungkan "Allahuakbar" dengan sekuat-kuat hatinya.

Sebaik sahaja ular besar menelan sheikh Arab, ia seolah-olah mengalami kesakitan yang amat sangat. Badan ular itu meliuk-liuk sambil kepalanya menjulang melebihi paras yang tertinggi di Pulau Langkawi, manakala ekornya membidas dengan tidak tentu arah dan matanya bersinar seumpama kilat. Dalam keadaan itu, ular besar menuju hala ke kawasan gunung-ganang tempat kediamannya. Sejak waktu itu, tiada sesiapa lagi yang pernah melihat ular tersebut.

Beberapa tahun kemudiannya, beberapa orang yang mendaki kawasan pergunungan Langkawi untuk mencari emas, berjumpa tulang ular yang amat besar di kawasan itu. Di tengah timbunan tulang tersebut, terletak batu permata hijau. Agaknya, itulah mercu tanda yang masih tinggal daripada ular besar dan Sheikh Arab penyelamat Pulau Langkawi yang alim itu. 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

JOM

MAI KE

MAI KE

LANGKAWI

LANGKAWI
 

www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011