Hari ini adalah hari yang kedua berlangsungnya Pesta Air Langkawi yang bertempat di Pantai Cenang. Pesta air ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk menarik pelancong di dalam dan di luar negeri untuk berkunjung ke Pulau Langkawi.
Pesta Air Langkawi mampu menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara yang di pertandingkan seperti sukan air, sukan pantai dan juga aktiviti kekeluargaan dan santai. Antara acara yang di pertandingkan adalah sepak raga pantai,bola sepak pantai, bola tampar pantai dan membina istana pasir.
Terdapat juga banyak gerai pameran dan hasil jualan tempatan termasuk kraftangan, pameran jabatan dan agensi kerajaan juga turut mengambil peluang memeriahkan lagi Pesta Air Langkawi pada tahun ini.
Selamat Daatang ke Pesta Air Langkawi 2011.
You are Here: Home > Pesta Air Langkawi 2011 (15-16 April 2011)
Saturday, April 16, 2011
Pesta Air Langkawi 2011 (15-16 April 2011)
Labels: isu semasa
0 comments:
Post a Comment