Ironman Langkawi Triation Malaysia yang mula diperkenalkan sejak tahun 1999 merupakan salah satu siri kejohanan kelayakkan ke pusingan akhir cabaran Ironman dunia di Kona, Hawaii. Ironman Langkawi melibatkan tiga displin di mana setiap peserta dikehendaki berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180.2 kilometer dan larian maraton sejauh 42.2 kilometer.
Setiap peserta diwajidkan menamatkan ketiga-tiga displin tersebut dalam tempoh 17 jam sebelum layak mendapat gelaran Ironman.
Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan itu sila hubungi Langkawi International Endurance Marathon (LIEM) di talian 03-26982863 atau email srsgroup.tm.net.my
Sumber: Kosmo, isnin 9 Januari 2012