/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Monday, January 26, 2015

Langkawi Exotic Food- Kerabu Beronok Langkawi


Assalamualaikum....
Hari saya akan postkan kisah mengenai salah satu makanan ezotik yang terdapat di Langkawi iaitu Beronok. Dengar namanya pun dah tahu memang ezotik habis.

Apa itu Beronok

Beronok merupakan salah satu spesis gamat juga. Beronok boleh didapati dalam musim tertentu. Maknanya kalu anda bernasib baik jer anda boleh lihat Beronok. Selalunya penduduk tempatan turun ke laut untuk menangkap beronok pada waktu air laut surut di dalam kalendar Islam. Waktunya sama juga dengan waktu Ketam Nyiok Paya Bakau (lihat post sebelum ini) keluar iaitu pada 13-17hb dan juga 23-25hb setiap bulan.

Beronok yang belum di proses


Lihat dalam gambar diatas, comel-comel rupa Beronok tu..he..he.. Bagi sesiapa yang belum melihat Beronok, dia mesti merasa agak jangal dan sedikit mengerunkan, tapi percayalah Beronok adalah sejenis haiwan yang bersih dan suci dari dosa..kah..kah.

Beronok Dan Gamat
Sebenarnya  Beronok sama spesis  seperti Gamat, kedua-duanya bersifat panas dan sangat sesuai untuk kesihatan dalaman, seperti luka dalam perut dan sebagainya.Berbanding Gamat, Beronok lebih halus kulitnya. Dalam bahasa yang mudah, fizikal Beronok ini sama seperti sebuah belon yang dimasukkan air.Badan Beronok yang transparent membolehkan kita melihat isi kandungan perutnya. Ianya hanya dipenuhi oleh air laut dan juga lumpur/selut laut. Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa atau seperti sotong dan rasanya agak masin.

Gambar Beronok Dengan Lebih Dekat
Sebelum dipotong halus
Setelah di potong halus

Beronok Cepat Cair

Tentu anda tertanya-tanya, apakah masakan yang sesuai untuk Beronok?. Jawapannya, Beronok tidak boleh dimasak, di bakar ataupun direbus. Jika anda memasak Beronok akibatnya anda hanya mendapat hasil air laut semata-mata kerana Beronok apabila dimasak ia akan cair. Beronok juga tidak tahan lama, jika dibiarkan begitu saja tanpa kita berbuat apa-apa, ia akan cair.

Kerabu Benonok

Resepi yang popular untuk Beronok adalah Kerabu Benorok.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg beronok- yang telah dipotong dan dibersihkan
  • 1 ikat daun selong- dihiris nipis
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 sudu kerisik
  • 2 ulas bawang besar
  • 10 biji cili padi- ikut kesukaan anda
  • 1/2 cawan Serbuk beras – (beras disangai sampai kuning dan dimesin halus)
  • beberapa helai pucuk gajus- di hiris nipis..
  • lada sulah/lada hitam
  • garam
  • gula
CARA-CARA:
  1. satukan semua bahan tadi dan gaul hingga sebati.....
Kerabu Beronok..nyum..nyum
Akhir sekali..Selamat Datang Ke Pulau Langkawi..Jangan lepaskan peluang merasai keenakkan kerabu beronok..Makan sekali pasti mahu lagi...

Langkawi Exotic Food- Kerabu Beronok

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

JOM

MAI KE

MAI KE

LANGKAWI

LANGKAWI
 

www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011