ALOR SETAR - Dua puluh tiga nelayan nyaris maut selepas sebuah bot menangkap ikan bilis terbakar dan karam berdekatan Pulau Lima, Langkawi hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian menggunakan bot selepas beberapa minit menerima panggilan mengenai kejadian itu yang berlaku 10.30 pagi.
Katanya, kesemua nelayan dilaporkan selamat selepas dibantu bot nelayan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian. - Bernama