/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Wednesday, May 25, 2011

Langkawi Kem Bina Insan (28-31 Mei)


Banner Kem Bina Insan di Langkawi
Assalamualaikum semua..rasanya masih belum terlambat untuk saya war-warkan tentang Kem Bina Insan yang bakal berlaku 3 hari dari sekarang.

Maaf kerana terlambat post, bukan apa saya baru jer dapat maklumat berkenaan kem tersebut. Jadi tidak salah rasanya kalu saya dapat kongsi bersama-sama anda perkara yang baik ini. 

Saya sertakan juga gambar banner yang saya snap di Masjid Kelibang kemarin. Cuba anda lihat pada yuran yang dikenakan untuk kem tersebut, rasa saya adalah yang paling murah di dunia. Rugi kalu  tak dapat menghantar anak-anak anda ke kem tersebut. Yurannya hanya RM20 je untuk 4 hari 3 malam. Kalu dapat difikirkan  apalah sangat nilai RM20 tu kalu di bandingkan  duit yang kita gunakan untuk topup tiap-tiap hari, kalu untuk saya, nilai  RM20 hanya tahan untuk 3 hari jer..he..he

Yuran bukan menjadi contraint lagi untuk tidak menghantar anak anda menghadiri kem motivasi tersebut. Ilmu yang akan diperolehi di dalam 4 hari 3 malam adalah satu perkara yang amat bernilai. Seperti kata pepatah melayu " Untuk Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Nah, inilah masanya kita memanfaatkan masa cuti sekolah anak-anak kita untuk satu perkara yang amat berfaedah. Jadi rebutlah peluang ini, jangan ketepikan  hak anak-anak anda untuk mendapatkan ilmu agama sebagai perisai membimbing mereka mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran ini. Jadi bertindaklah sekarang, jangan tunggu lagi kerana masanya hanya 3 hari dari sekarang.

Saya sertakan maklumat berkenaan kem seperti yang tertera dibawah:

Tajuk: Kem Bina Insan
Tarikh: 28-31 Mei 2011 (Sabtu- Selasa)
Yuran: RM20.00
Keahlian: Terbuka kepada semua pelajar berumur 13-15 tahun
Borang Penyertaan: Dapatkan di Sekolah Menengah (A) Baqiyatussolihat, Kg .Ranggut, Mukim Padang Matsirat, Langkawi
Hubungi: 019-5909733/04-9533344
Anjuran: Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah

Hubungi segera demi untuk pendidikan anak-anak anda, segala kebaikan adalah dari ALLAH dan segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri.


Sunday, May 15, 2011

Langkawi Keuteow Sup Perut Special


Assalamualaikum...
Rasanya kalu anda pernah datang ke Langkawi mesti ada pernah mencuba atau mendengar tentang Keuteow Sup Perut Famera. Keuteow Sup Perut Famera sangat terkenal di Pulau Langkawi kerana ianya sangat berlainan dengan keuteow sup lain. Ini adalah kerana Keuteow Sup Perut Famera berkonsepkan masakan ala thai.

Sebenarnya Keuteow Sup Perut Famera merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Bukan hanya sedap tetapi ianya sangat baik untuk kesihatan kerana keuteow sup ini dimasak dengan menggunakan bawang putih dan sayur-sayuran segar yang hanya di toskan supaya khasiatnya terjaga. 

Antara kandungan Keteow Sup Perut Famera adalah minyak bawang putih, sayur kangkung, taugeh, kacang tanah dan juga lada hitam. Menurut pengusahanya, pelanggan setia Keuteow Sup Perut Famera terdiri daripada warga 1Malaysia iaitu melayu, cina, india dan pelbagai lagi. Katanya lagi, selain pelanggan melayu, pelanggan cina sangat mengemarinya kerana mengandungi minyak bawang putih yang banyak khasiatnya.
Pemilik Keuteow Sup Perut Famera

Apa yang menariknya, perniagaan ini merupakan perniagaan  warisan keluarga yang dimajukan oleh 2 saudara yang masih muda, Farah 20 tahun dan juga Yasmin baru berusia 16 tahun. Senyuman yang tidak pernah lekang di pipi menjadi pengunjung tidak jemu untuk berkungjung ke Warung Keuteow Sup Perut Famera ini. Menurut Farah dan Yasmin, nama Warung Famera merupakan gabungan nama 3 beradik iaitu Farah, Yasmin dan juga Ira.

Selain daripada menjual menjual Keuteow Sup perut, warung ini juga menyediakan pelbagai lauk masakan ala kampung dan masakan lauk ala thai yang boleh dimakan dengan nasi putih.
Lauk pauk masakan  kampung & ala-thai

Pandangan Hadapan warung
Kepada pengunjung yang ini mencuba masakan istimewa ini, anda bolehlah berkunjung ke alamat berikut:

Keuteow Sup Perut Famera
No.1 &2, Bgn Haji Taib,
Depan Hospital Langkawi,Bukit Tekoh,
07000 Langkawi, Kedah
No.Tel: 04-9661357


Tempahan Tiket Feri Langkawi


Bagaimana untuk menempah/memberi Tiket Feri dari Kuala Perlis/Kuala Kedah ke Langkawi?

Pada musim cuti sekolah amatlah penting untuk anda mendapatkan tiket feri lebih awal. Anda perlu tiba ke Jeti Kuala Kedah atau Kuala Perlis lebih awal untuk mengelak daripada kehabisan tiket.


Namun begitu jika anda bernasib baik anda akan mendapat tiket feri pada hari yang sama, malangnya anda terpaksa menunggu masa yang lama untuk berlepas, selalunya anda perlu menunggu sehingga berjam-jam lamanya.


Tempahan awal tiket boleh dilakukan untuk rombongan yang mempunyai 20 orang atau  lebih. Sila rujuk syarat penempahan di bawah
  • semak waktu perlepasan bagi setiap perjalanan feri untuk tujuan penempahan
  • Tempahan haruslah di buat lebih daripada SEMINGGU awal dari tarikh perjalanan
  • Bayaran deposit 50% di kenakan ,bakinya harus dijelaskan 7 hari sebelum perjalanan
  • Penempahan diterima untuk sehala atau dua hala (tempahan digalakkan dua hala untuk mengelak kehabisan tiket dan juga keselesaan anda merancang perjalanan)
-------------------------------------------------------------------------------------
JADUAL PERJALANAN HARIAN



LGK-KPerlis Perlis-LGK KKedah KKedah-LGK
0730hrs 0800hrs 0730hrs 0715hrs
0830hrs 0900hrs 0830hrs 0800hrs
1000hrs 1000hrs 0930hrs 0930hrs
1100hrs 1130hrs 1130hrs 1030hrs
1230hrs 1230hrs *1230hrs 1130hrs
1430hrs 1400hrs *1330hrs 1330hrs
1600hrs 1600hrs 1430hrs *1430hrs
1730hrs 1800hrs 1530hrs *1530hrs
1900hrs 1900hrs 1630hrs 1630hrs
1730hrs 1730hrs
1830hrs 1900hrs



  • Setiap Hari  Khamis,Sabtu & Ahad (tambahan masa 1230hrs, 1330hrs – Lgk-KKedah & 1430hrs, 1530hrs – KKedah-Lgk).

  • Jadual perjalanan adakalanya berubah tanpa notis

----------------------------------------------------------------------------------------

HARGA TIKET


PERJALANAN

JENIS
DEWASA KANAK-KANAK

(Umur  3 hingga 12 tahun)
KUALA PERLIS Sehala RM 18.00 RM 13.00
Pergi/Balik RM 36.00 RM 26.00
KUALA KEDAH Sehala RM 23.00 RM 17.00
Pergi/Balik RM 46.00 RM 34.00

TEMPAHAN

Untuk tempahan tiket, sila hubungi >>Klik sini<<.

Sertakan maklumat berikut:
  • Nama ketua rombongan dan no.tel untuk dihubungi
  • Bilangan Penumpang (20 orang keatas)
  • Tarikh dan masa ingin berlepas 
Note: Deposit diperlukan untuk membuat penempahan


Langkawi Geopark- Mencipta Sejarah Di Pulau Langkawi


Logo Langkawi Geopark
Langkawi telah menerima suntikan kewangan Kerajaan Persekutuan melepasi RM2 billion dalam tempoh 16 tahun. Kini Langkawi bertukar wajah daripada bumi gersang sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, Langkawi mengorak langkah untuk mencipta sejarah LANGKAWI GEOPARK di persada dunia.

"..........tiada yang lebih utama dan lebih penting bagi Langkawi sekarang selain LANGKAWI GEOPARK. Agenda ini akan disusul secara agresif dan dipromosikan dalam setiap peluang dan kesempatan di dalam dan luar negara...LANGKAWI GEOPARK akan menjadi yang terbaik di dunia dan akan menjadi contoh kepada semua geopark lain di dunia..."Dato' Kamarulzaman Abdul Ghani, Pengurus Besar LADA.

Apa Itu Geopark?

Perkataan geo bersangkutan dengan ilmu sains bumi. Geologi berkaitan dengan kaji batu atau perbatuan dari sudut sejarahnya, formasi pembentukan, komposisi, struktur dan juga landskap yang terhasil dari proses semula jadi evolusi alam.

Geopark membawa gambaran lebih luas. Ia merujuk kepada sesuatu kawasan, tidak kira kecil atau besar. Kawasan ini mempunyai unsur-unsur seperti sejarah batu, formasi menarik pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah. Ia menarik dan penting dari sudut pandangan mata para akademik, menarik dan mempersonakan dari sudut pandangan orang awam. Apa yang terdapat di dalamnya mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati dan wajar dipelihara, ia juga meliputi biodiversiti-flora,fauna dan kegiatan komuniti setempat.

Di mana Langkawi Geopark?

Langkawi Geopark meliputi keseluruhan Langkawi. Kesemua 99 pulau, setiap tunggul batu yang terserlah di muka laut, segenap hutan belantara dan setiap pelosok kampung dan desa berada dalam Langkawi Geopark.

Apa yang menarik di Langkawi Geopark?

Pelbagai jenis batu dan formasi batu (geologi). Pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan (biodiversiti-flora dan fauna, laut dan darat). Pemandangan laut dan pantai yang cantik dan mempersonakan. Terdapat tiga Taman Georimba didalamnya.
Pertama, Matchincang Geoforest Park merupakan kawasan kambria (450-550 juta tahun), batu tertua dan bukit sejarah asal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara.

Keduanya, Geoforest Park Kilim memaparkan landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia, terbentuk daripada proses hakisan dan cuaca.

Ketiganya, Geoforest Park Dayang Bunting Marble mengetengahkan marmar antara yang terbaik di dunia. Tasik Dayang Bunting terbentuk daripada gua.


Apa Istimewa Langkawi Geopark?
  • Langkawi ada segala-galanya untuk menjadi sebuah Geopark yang ternama di dunia
  • Pertama di dunia, terdapat sebuah geopark berstatus pulau bebas cukai
  • Pertama di dunia, terdapat sebuah geopark meliputi gugusan 99 buah pulau
  • Pusat bermula pembentukan Malaysia dan Asia Tenggara, 550 juta tahun dahulu-Kambria Machinchang
  • Alam semulajadi yang lengkap, meliputi geologi dan biodiversiti unik dan unggul.
  • sudah terdapat kawasan hutan simpanan di kawasan-kawasan tertentu di dalam geopark yang mengutamakan pemuliharaan.
  • Terdapat lebih 90 tapak geologi yang telah dikaji dan mempunyai nilai warisan
  • Menyerlahkan geomorfologi lanskap karst, gua. gerbang laut (sea-arches), tunggul laut (sea-stacks), fosil, batu jatuh glasiar (glacial dropstones), air terjun, taman laut dan sebagainya.
  • Legenda dan mitos menyerlahkan misteri dan mewarnai budaya menjadi unsur penting dibawah geopark
  • Budaya dan sosioekonomi menjadi tarikan pelawat juga adalah sebahagian daripada tarikan geopark.

Adakah mata pencarian penduduk setempat boleh terjejas contoh nelayan dan petani?

Tidak sama sekali. Salah satu komponen geopark ialah penduduk setempat. Maknanya, semua lapisan masyarakat dan penduduk setempat boleh mendapat faedah secara lansung dan tidak langsung. Langkawi Geopark mengetengahkan beberapa produk dan geotrail baru, ini juga akan mengujudkan tambahan pekerjaan baru, khususnya bagi pemandu pelancong.

Produk di bawah Geopark dirancang dengan mengutamakan alam semulajadi dan ini melibatkan banyak pengusaha tempatan secara terus seperti nature guides atau geoguides. Pengusaha bot,kenu,restoran dan warong, kraf tangan dan cenderahati, malah penggiat seni kebudayaan juga boleh meluaskan kegiatan mereka. Bagi nelayan dan petani, selain dari mencari rezeki menangkap ikan seperti biasa, mereka juga boleh menganjurkan atau membuat pakej memancing dan menyauk sotong dengan menggunakan bot atau perahu sendiri. Program homestay di kampung dan juga desa juga boleh diperkembangkan.

Apakah faedah kepada masyarakat Langkawi?

Kejayaan Langkawi Geopark akan meningkatkan kegiatan ekonomi Langkawi. Industri perkhidmatan melibatkan hotel, agensi perlancongan, pemandu pelancong, pemandu bot, pemandu teksi, perniagaan runcit, restoran, gerai makanan, cenderahati dan kraf tangan. Akan meningkatkan peluang perniagaan dan membuka peluang pekerjaan secara meluas dan menyeluruh di Langkawi 


Saturday, May 14, 2011

Satu lagi Pasar Malam Baru Akan Dibuka Pada 16 Mei 2011 di Langkawi


Assalamualaikum semua,

Rasanya belum terlambat saya ingin berkongsi satu lagi maklumat dengan anda iaitu terdapat satu lagi Pasar Malam Akan dibuka mulai 16 Mei 2011 di Langkawi.



Berikut adalah maklumat mengenai Pasar malam tersebut:

Lokasi: Kawasan Tapak Letak Kereta Pasar Awam Kuah
Mula Beroperasi: 16 Mei 2011
Hari: Setiap minggu hari Isnin

Untuk melihat lokasi lain pasar malam di sekitar Langkawi, klik sini


Friday, May 13, 2011

Langkawi Forum Perdana-Hidup Satu Ujian Mati Satu Kepastian


Forum Perdana Ehwal Islam
Tajuk: Hidup Satu Ujian Mati Satu Kepastian
Tarikh: 20 Mei 2011
Masa: Selepas Solat Isyak
TempatL Surau Nurul Ain Kg Mata Ayer

Panel: 
1. Ybhg. Dato Paduka Sheikh Mohd Baderuddin B. Hj, Ahmad
2. Ybhg. Sheikh Mohd Fisol B. Omar
3.Ybhg. Ustaz roslan Che Ros
4.Ybhg. Ust Hashim B. Osman Al-Hafiz

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-ramai




Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Mahsuri



Kisah berbentuk sejarah dan lagenda yang termashur mengenai Pulau Langkawi di zaman kini ialah kisah Mahsuri. Cerita Mahsuri pernah dipopularkan melalui filem dan tulisan-tulisan karya Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ringkasnya, Mahsuri, seorang anak perempuan kepada Pandak Mayah dan Mak Ndak Alang, yang terkenal kejelitaannya, tinggal di sebuah kampung, Mukim Ulu Melaka.

Beliau pernah berkahwin dengan Mohammad Deris, anak lelaki kepada Dato' Seri Kerma Jaya, selaku pemerintah Pulau Langkawi ketika itu. Mahsuri menjadi mangsa kepada perasaan cemburu dan hasad dengki ibu mertuannya sendiri. Akhirnya, Mahsuri ditangkap dan dihukum bunuh atas dakwaan ibu mertuanya yang beliau telah melakukan zina dengan Deramang, seorang peniaga dari Melaka. Sebelum Mahsuri dibunuh, beliau telah bersumpah dengan berkata "Pulau ini tidak akan makmur dan aman sehingga genap tujuh keturunan, kerana kezaliman yang dilakukan keatasnya".

Tuanku Abdul Rahman dalam 'The Curse of Mahsuri' menyatakan berlakunya pembunuhan Mahsuri itu adalah pada tahun 1829. Mengikut Tunku juga, terdapat bermacam peristiwa aneh terjadi selepas kematian Mahsuri. Segala peristiwa itu lebih kurang mengesahkan pelbagai akibat sumpahan Mahsuri. Yang terpenting iailah serangan angkatan tentera Siam keatas Kedah dan Langkawi yang dilancarkan tanpa sebab munasabahnya.
Potret yang dikatakan Wajah  Mahsuri
Akibat serangan tersebut Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah terpaksa melarikan diri ke Pulau Pinang. Ternyata banyak kekejaman dilakukan oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan ini. Akhirnya Dato' Kerma Jaya dan pemimpin-pemimpin lain terkorban dalam perang menentang Siam dan ekoran itu Pulau Langkawi serta Kedah mengalami zaman gelap dalam sejarahnya. Setelah itu, walaupun Langkawi memasuki zaman yang aman dan damai, tetapi seolah-olah pokok jarak sahaja yang tumbuh di merata tempat, dan burung terkukur sahaja yang dapat menikmati kedamaian di Langkawi.

Gambar Hiasan: Padang Jarak Padang Terkukur


Mengikut Tunku Abdul Rahman, keadaan itu merupakan sumpahan Mahsuri. Versi sumpahan Mahsuri yang dikemukakan oleh Tunku membawa mesej Pulau Lanhkawi sehingga genap tujuh keturunan 'akan menjadi padang jarah padang terkukur'.
Pada waktu Tunku bertugas sebagai pegawai daerah di Pulau Langkawi, sumpahan Mahsuri nampaknya masih berkuasa. Melalui ingatan Tunku, tidak ada apapun yang betul di Pulau Langkawi. Tanaman padi senantiasa menjadi masalah dan hampir hampir setiap tahun pihak berkuasa terpaksa menghantar beras ke Langkawi. Tiada kejayaan di dalam mana-mana bidang urusniaga yang pernah dijalankan di pulau ini. Agaknya jangkamasa 'tujuh keturunan' baru habis dengan tamatnya tempoh masa 175 tahun sejak pembunuhan Mahsuri.

Sawah padi kering
Lagenda Mahsuri memang menarik. Salah satu faktor yang meningkatkan minat di kalangan orang ramai ialah terdapatnya tempat-tempat dan cerita-cerita berkenaan dengan riwayat Mahsuri. Cerita-cerita  dan tempat-tempat itu sentiasa menghidupkan semula peristiwa pahit seorang gadis yang tidak bersalah dalam fikiran pelawat-pelawat ke Pulau Langkawi. Misalnya, cerita Beras Terbakar di Kampung Raja, mukim Padang Matsirat; Telaga Mahsuri dan Kubur Mahsuri di Kampung Mawat, Ulu Melaka.

Kawasan Beras Terbakar di Kg Raja yang wujud hingga kini
Jelas yang Mahsuri benar-benar pernah hidup pada suatu masa dalam sejarah Negeri Kedah. Tunku Abdul Rahman menyatakan yang Mahsuri meninggal dunia pada tahun 1829 manakala Mahmud Ali mengemukakan pertengahan abad ke 17 sebagai tarikh serangan angkatan tentera Siam yang akhir ke atas Negeri Kedah dan Pulau Langkawi. J.F. Augustin pula bertanya-tanya sama ada peristiwa kemusnahan 'Armada Kedah' yang berlaku dalam tahun1839 adalah satu daripada akibat sumpahan Mahsuri ke atas Langkawi.

Akhirnya, Ku Jusoh, seorang penduduk Langkawi yang tertua, menyatakan dalam tahun 1971 bahawa kisah Mahsuri ini berlaku 'lebih kurang 200 tahun dahulu', iaitu bukan selepas tahun 1800. Masalah kita sekarang: Bilakah sebenarnya berlaku kisah Mahsuri?

Mengikut sumber-sumber bertulis yang ada setakat ini, adalah jelas bahawa Pulau Langkawi dan Kedah diserang dengan serta merta oleh kuasa Siam pada tahun 1821. Anderson, seorang pegawai dengan syarikat Hindia Timur Inggeris yang bertugas di Pulau Langkawi diserang dan dimusnahkan oleh tentera Siam setelah Negeri Kedah jatuh ke tangan Siam dalam tahun 1821. Raja Ligor sendiri menerangkan tentang serangan tentera Siam di bawah kepimpinannya ke atas Langkawi, bahawa masyarakat Melayu di Pulau Langkawi memberontak menentang kuasa Siam. Angkatan tentera Siam yang dihantar ke situ menewaskan dan menakluki pulau tersebut.
Gambar Makam Mahsuri

Selepas itu, pihak berkuasa Siam menghantar sepucuk surat memberitahu pihak British di Pulau Pinang terhadap kegiatan mereka sambil mendakwa yang Sultan Kedahlah yang menghasut orang Melayu di Langkawi memberontak menentang Siam.

Kedua-dua sumber ini mengesahkan yang Kedah dan Langkawi mengalami malapetaka akibat pertempuran dalam tahun 1821. Mengikut Anderson, misalnya, Pulau Langkawi nampaknya hampir kehilangan penduduknya. Penduduk lelaki yang berjaya melepaskan diri dari tangkapan tentera Siam, tidak lagi mempunyai rumah ataupun  keluarga akibat kemusnahan yang dicetuskan oleh peperangan tersebut. Mereka terpaksa mencari sara hidup dengan merompak golongan peniaga di sekitar Pulau Pinang. Sebahagian daripada mereka juga telah berhijrah ke Province Wellesley dan diupah sebagai tenaga buruh dalam bidang pertanian situ.

Sebenarnya , sepanjang hubungan Kedah-Siam, angkatan tentera Siam menyerang Kedah satu kali sahaja iaitu pada tahun 1821. Antara tahun-tahun 1821-1839, Siam menduduki Kedah dan segala jajahan takluknya dan penduduk Siam itu menjadi sebab utama serangan Melayu ke atas Kedah untuk merampas kembali.

Serangan Melayu Kedah ke atas kerajaan Siam di Kedah berlaku tiga kali iaitu  dalam tahun 1828-9 1831 dan 1838-9. Ternyata kekeliruan tentang tarikh serangan Siam ke atas Kedah berlaku kerana terdapat salah faham mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam tahun 1821-1839.

Dari sumber lisan yang ada, semua bersetuju bahawa beberapa tahun sejak Mahsuri dihukum bunuh, Siam menyerang Kedah dan Langkawi. Ini bererti bahawa pembunuhan Mahsuri  berlaku sebelum1821. Kemungkinan besar yang kejadian itu terjadi dalam lingkungan sepuluh tahun sebelum serangan tentera Siam. Secara kasar, dapat kita tentukan yang sejarah Mahsuri berkemungkinan meliputi awal abad ke sembilan belas, iaitu sekitar tahun 1795-1815.

Adalah mustahil Mahsuri dibunuh selepas tahun 1821 kerana semenjak itu angkatan tentera Siam tidak lagi melancarkan kempen-kempen agresif ke atas masyarakat Melayu. Sebaliknya, angkatan tentera Melayulah yang melakukan tindakan egresif terhadap kuasa Siam di Kedah. Misalnya, kemusnahan 'angkatan laut' Negeri Kedah di Pulau Langkawi dalam tahun 1839  yang disebutkan oleh J.F Augustin sebenarnya adalah operasi 'Mopping-up' oleh kapal perang British ke atas parti pemberontak yang diketuai oleh Tengku Mohammad Saad bin Wan Ali. Pihak berkuasa Siam tidak langsung terbabit dalam operasi ini.










Sunday, May 8, 2011

Langkawi Kuliah Dan Tazkirah Mei 2011 (27 Jamadil Awwal-27 Jamadil Akhir 1432)


LANGKAWI KULIAH DAN TAZKIRAH MEI 2011 (27 JAMADIL AWWAL-27 JAMADIL AKHIR 1432)

Haribulan
Pendakwah

Masihi

Kitab Bacaan
Tempat
1 Ust Hafiz Mustafa Lubis. Ydp ABIM Negeri Kedah Ahad Malam     1 Mei 2011 Sirah Nabawiyah Masjid Al-Hana,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
6 Ust. Mat Isa Abdul Rahman, Jabatan Mufti
Negeri Kedah
Jumaat Malam    6 Mei
2011
Al Jauhar Al Mauhud... Masjid Temoyong,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
6 Ust.Zulkifli Bin Mat Isa, Imam Masjid Perwaja Steel Jumaat Malam    6 Mei
2011  
Mustika Hadis (Kuliah subuh dan khutbah
Jumaat K.Melaka)
S/Taman Ria Jaya.Teriang,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
6 Ust.Zulkifli Bin Mat Isa, Imam Masjid Perwaja Steel Jumaat Malam    6 Mei
2011
Mustika Hadis S/Taman Ria Jaya.Triang,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
7 Ust Rashidi B.Shukri (Taman Pendidikan Al-Quran Qiraati) Sabtu Malam  7 Mei 2011 Bahrul Mazi Juzuk Ke 1 Masjid Aisyah Sg Menghulu,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
8 Ust Hafiz Mustafa Lubis. Ydp ABIM Negeri Kedah Ahad Malam     8 Mei 2011 Bustanul Ariffin Masjid Bayas,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
11
Ust. Halim Nasir Pendahwah Bebas Rabu Malam 11 Mei 2011    Tafsir Al-Quran Surau Kuala Melaka,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
12 Ust. Mohd Amin Bin Bakar sek.Keb. Sg Menghulu Kuah Khamis Malam 12 Mei 2011 Munnyatul Musolli & al Muin Al Mubin S/Taman Ria Jaya.Triang,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
12 Ust. Dato Fadil Awang, Ahli Majlis Fatwa Kedah Khamis Malam 12 Mei 2011 Sairus Salikin Bhgn 1 Surau Pdg Putih, Langkawi(Selepas Solat Magrib)
13 Dato Abd . Hamid Tahir, Ahli Majlis Fatwa Kedah Jumaat Malam 13 Mei 2011 Al Jawarus Saniah Masjid Kedawang,Langkawi
(Selepas Solat Magrib)
15 Ust Hifzi Abdul Rahim, Maktab Mahmud Langkawi Ahad Malam    15 Mei 2011 Tambihul Ghafilin Surau Nyior Cabang,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
16 Ust Hifzi Abdul Rahim, Maktab Mahmud Langkawi Isnin Malam     16 Mei 2011 Kuliah Pengajian Agama Surau Desa Permata, Langkawi(Selepas Solat Magrib)
16 Ust. Nasaruddin bin Daud, Pendakwah Bebas Isnin Pagi        
16 Mei 2011
Kuliah Subuh Surau Tmn Ara Jaya, kuala Teriang, Langkawi (Selepas Solat Subuh)
17 Ust Hifzi Abdul Rahim, Maktab Mahmud Langkawi Selasa Malam   17 Mei 2011 Apa Erti Saya Menganut Islam Masjid Kedawang, Langkawi(Selepas Solat Subuh)
18 Ust. Hifzi Abdul Rahim, Maktab Mahmud Langkawi Rabu Malam    18 Mei 2011 Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman Masjid Temoyong, Langkawi (Selepas Solat Subuh)
19 Ust. Dato Fadil Awang, Ahli Majlis Fatwa Kedah Khamis Malam 19 Mei 2011 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Masjid Al-Hana ,Langkawi(Selepas Solat Magrib)
19 Ybhg Ust. Ismail Bin Mahamud, Mudir Pondok Bandar Hilir
Sik
Khamis Malam  19 Mei 2011 Bakuratul Amani Masjid Kelibang, Langkawi(Selepas Solat Magrib)
19 Ust. Hifzi Abdul Rahim, Maktab Mahmud Langkawi Khamis Malam 19 Mei 2011 Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman Surau Kubang Badak, Langkawi (Selepas Solat Magrib)
19 Ust Rashidi B.Shukri, Taman Pendidikan Al-Quran Qiraati Khamis Malam 19 Mei 2011 Tasawaf (Penawar Bagi Hati) Surau Tmn Ara Jaya, kuala Teriang,Langkawi (Selepas Solat Subuh)
20 Pengerusi: Ust Hashim Othman Al-Hafiz..Ahli Panel: Dato
Badaruddin, Ust Roslan Che Rus, Sheikh Faisol Hj Omar
Jumaat Malam 20 Mei 2011 Forum Perdana: Cabaran Umat Islam Kini Surau Mata Air,Langkawi
(Selepas Solat Isyak)
20 Ust.Lofti Ariffin, Pondok Kuala Ketil Baling Jumaat Malam 20 Mei 2011 Riadus Solihin Masjid Bohor Merah,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
20 Ust Abdullah Bin Hashim, Pendakwah Bebas Jumaat Malam 20 Mei 2011 Ceramah Agama Surau Tmn Ara Jaya K.Teriang,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
21 Ust. Roslan Che Ros, Pej Agama Pulau Pinang Sabtu Malam 21 Mei 2011 Tafsir Nurul Ehsan Masjid Temoyong,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
21 Ust Hafiz Mustafa Lubis, Ydp ABIM Negeri Kedah Sabtu Malam 21 Mei 2011 Sirah Nabawiyah Masjid Al-Hana ,Langkawi (Selepas Solat Magrib)
22 Dato Taib Azamuddin, Bekas Imam Besar Ahad Malam 22 Mei 2011 Bahrul Mazi&Tafsir Al-Quran Masjid Temoyong, Langkawi  (Selepas Solat Magrib)
24 Ust Mohamad Hazli B. Ismail, Kolej Universiti Insaniah Selasa Malam  24 Mei 2011 Sirah Nabawiyah... Masjid Kedawang, Langkawi  (Selepas Solat Magrib)
25 Ust Mohamad Hazli B. Ismail,Kolej Universiti Insaniah Rabu Pagi,       25 Mei
2011
Kuliah Subuh Masjid Temoyong , Langkawi (Selepas Solat Subuh)
26 Ust Shukri Bin Saari, Pendakwah Bebas Khamis Malam 26 Mei 2011 Menimbang Amalan& Meraih Kejayaan Akhirat Surau Tmn Ara Jaya K.Teriang, Langkawi (Selepas Solat Magrib)
26 Sheikh Faisol Hj Omar, Pej Agama Kbg Pasu Khamis Malam  26 Mei 2011 Bidayatul Hidayah Masjid Makam Mahsuri, Langkawi (Selepas Solat Magrib)
27 Dato Dr. Harun Din, Tim. Mursyidul Am Jumaat Malam 27 Mei 2011 Fekah Imam Shafie Masjid Bohor Merah, Langkawi (Selepas Solat Magrib)
28 Ust. Hanif Ghazali, Balai Islam Merbok Sabtu Malam   28 Mei 2011 Hadis Empat Puluh Surau Belibis Ewa, Langkawi  (Selepas Solat Magrib)

KULIAH MINGGUAN:
Ustaz Rashidi
Setiap Sabtu Malam Ahad Di Masjid Aisyah
Setiap Jumaat Jam 3.00 Ptg Kuliah Agama Masjid Bayas

KULIAH MINGGUAN:
Masjid Teriang Dan Surau Taman Ara Jaya
1) Ust Shaharuddin Bin Ibrahim (Isnin Malam Selepas
Solat Magrib-Taman Ara Jaya)
2) Ust Shaharuddin Bin Ibrahim (Kuliah Subuh Mingguan
Jumaat Pagi-Taman Ara Jaya)
3) Ust Hifzi Abd Rahim (Setiap Rabu Selepas Solat
Magrib- Masjid Kuala Teriang)
4) Ust Haji Sofi Bin Hj Said (Setiap Jumaat Pagi 9.00
Pagi- Masjid Kuala Teriang)
5) Ust Yusuf Hj Ismail (Setiap Sabtu Selepas Solat
Magrib-Masjid Kuala Teriang)
6) Ustazah Rosliza Binti Ramli (Setiap Pagi 9.00 Pagi-
Surau Taman Ara Jaya)


Note: Jika terdapat sebarang pindaan, akan dimaklumkan melalui kuliah
yang diadakan.
Sebarang pindaan atau kesilapan, mohon dimaafkan.


*Bukti dan dalil seseorang hamba Allah itu
beriman adalah mereka yang memakmurkan masjid, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat dan takut hanya kepada Allah
*Wahai hamba ku, Janganlah anda seperti sumbu
pelita, orang lain yang terang kita pula yang terbakar.
*Wahai hambaku, Janganlah anda seperti ayak
tepung yang keluar halus yang tinggal kasar kasar belaka.
*Wahai insan, Janganlah anda seperti kubur yang
dilumurkan dengan cat (kapur) diluar nampaknya cantik tetapi di
dalamnya busuk menyiksakan.


Tuesday, May 3, 2011

Langkawi Kuliah Dan Tazkirah Bulanan 2011



Assalamualaikum...

Pada bahagian ini saya ingin berkongsi mengenai jadual waktu kuliah dan tazkirah bulanan yang berlangsung di sekitar Langkawi.

Semoga dengan adanya jadual waktu kuliah ini dapat beri kemudahan kepada diri saya dan kita semua untuk dapat menyiapkan diri menghadiri kuliah.


 “Apabila kamu melalui taman-taman syurga,minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab : “Majlis-majlis ilmu”.(Hadith Riwayat At-Tabrani)

Sabda nabi Muhammad SAW,
Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .


Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2,
Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.” 
Sila klik pada waktu yang berkenaan


JOM

MAI KE

MAI KE

LANGKAWI

LANGKAWI
 

www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011