Hari ini kelihatan banyak hasil tangkapan ikan dari penduduk tempatan di jual. Selalunya harga ikan agak tinggi kerana kebanyakkan ikan di bawa masuk dari luar seperti Kuala Perlis dan ikan yang dibekukan dari Thailand.
Pasar Awam Kuah |
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa Langkawi yang dikelilingi oleh Laut begitu agak mahal hasil tangkapan ikannya. Saya merasakan kemungkinan harga menjadi tinggi kerana permintaan yang amat menggalakkan daripada restoran-restoran, hotel-hotel dan juga kedai makan yang banyak di Langkawi.
Bagi yang pernah sampai ke Langkawi mesti menyedari bahawa Langkawi seperti syurga makanan.Macam-macam jenis makanan ada, makanan barat, makanan ala thai, makanan exotik dan juga masakan kampung...hanya perlu bawa duit lebih jer anda boleh memilih mana yang menarik hati dan perut.
Namun begitu, kepada anda yang ingin menetap lebih lama dan menginap di Homestay, anda boleh mengalami pengalaman memasak ikan segar yang boleh di dapati di Pasar Awam Kuah. Pasar ini dibuka seawal jam 6.30 pagi sehingga pukul 12 tengah hari.
Ikan Segar Tempatan |
Harga ikan adalah tidak tetap dan ia bergantung kepada hasil tangkapan. Jika hasil tangkapan pada hari itu banyak, maka harga ikan akan menjadi murah. Contohnya hari ini, harga ikan kembong adalah RM4 sekilo dan RM7 sekilo mengikut saiz, berbanding dengan hari-hari sebelumnya mencecah RM12 sekilo.
Manakala harga tangkapan yang lain seperti udang dan ketam, kebiasaannya harganya adalah tetap dan hanya akan ada sedikit penurunan jika jumlah tangkapan banyak pada hari itu.
Ketam |
Datanglah ke Langkawi dan rasailah sedapnya memakan ikan yang segar dari Pasar Awam Kuah.Macam-macam ada...Bersama ini saya sertakan maklumat lanjut mengenai pasar yang terdapat di Langkawi.
0 comments:
Post a Comment