/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Friday, April 22, 2011

Pasar Malam Kuah Langkawi


Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi satu lagi keunikan yang terdapat di Langkawi. Apa yang ingin saya katakan disini adalah mengenai Pasar Malam Kuah Langkawi. Tidak salah saya katakan bahawa kepada pelancong yang tinggal lebih daripada 2 hari di Langkawi, mereka mesti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pasar Malam di sekitar Langkawi.
Pasar Malam Kuah Berhadapan Hotel Baron

Pasar Malam Kuah Langkawi mempunyai konsep yang sama seperti pasar malam lain,menjual makanan, kuih-muih, sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian dan lain-lain, maknanya sekali pandang memang sama seperti tempat yang lain.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan adalah keunikan makanannya yang senantiasa menarik perhatian para pelancong. Kisah benar, kawan saya yang menetap di United Kindom, jika datang ke Malaysia, dia mesti singgah ke Langkawi, dia menjadikan Pasar Malam Kuah sebagai tempat wajid untuk dia ziarah kerana disebabkan oleh tarikan ayam perciknya. Katanya, tempat lain juga  ada ayam percik tetapi ayam percik  Pasar Malam Kuah mempunyai cukup rasa, sedikit pedas, manis dan lemak.

Pelancong luar negara juga tidak ketinggalan
Pasar Malam Kuah boleh dikunjungi dalam 2 kali seminggu iaitu setiap malam  sabtu dan rabu, bermula pukul 6.00 petang. Kalu anda datang pada lingkungan pukul 10 malam memang banyak makanan sudah habis.

Berikut saya sertakan senarai waktu pasar malam di sekitar Pulau Langkawi untuk kemudahan anda jika datang ke Langkawi

Pasar Malam Kuah
Hari: Sabtu dan Rabu
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Depan Hotel Baron, Kuah

Pasar Malam Padang Matsirat
Hari: Ahad
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Tempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat 

Pasar Malam Air Hangat
Hari: Jumaat
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Berdekatan Bulatan Simpang 4, Air Hangat

Pasar Malam Ulu Melaka
Hari: Isnin
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Ulu Melaka

Pasar Malam Kedawang/Padang Wahid
Hari: Selasa
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Simpang tiga Dimat /Padang Wahit

Pasar Malam Temoyong(Berdekatan Pantai Cenang)
Hari: Khamis
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Jalan Bohor Tempoyak, Temonyong

Terdapat beberapa lagi pasar malam, tetapi saya cuma senaraikan tempat yang selalu menjadi pilihan penduduk Langkawi. Pulau Langkawi bukannya besar sangat jadi tidak menjadi masalah jika kita pergi ke semua lokasi pasar malam tersebut, setiap lokasi ada keunikan tersendiri. Jika anda ingin membeli sayur-sayuran segar hasil jualan penduduk Langkawi, anda boleh pergi ke lokasi Pasar Malam Air Hangat. Di situ banyak juga makanan exotik yang jarang anda jumpa di lokasi lain.

Sayuran-sayuran segar penduduk kampung


Selain Ayam Percik, makanan lain seperti Apam Balik juga menjadi pilihan saya. Kalu kita lihat di dalam gambar, rasanya harga Apam Balik Langkawi lebih kurang jer dengan tempat lain. Kalu leh makan Apam Balik di tepi pantai pada waktu malam, best juga tu..nyum..nyum.


Apam Balik Langkawi



Apa yang menarik perhatian saya pada pasar malam kali ini adalah ikan laga. Dah lama saya tidak melihat Ikan Laga. Kalu masa kecik-kecik dulu selalu gak tangkap ikan laga kat dalam sawah padi. Tapi sekarang ni rasanya sukar nak tengok ikan laga lagi dah. Sawah padi pun dah banyak yang ditimbus untuk membina rumah. Ikan laga di jual seekor RM25, bergantung kepada kembang atau tidak ekornya, lagi cantik lagi mahal harganya. Terkenang lak zaman dulu-dulu, bahagianya zaman kanak-kanak, main sawah, mandi hujan, main kejar-kejar keliling kampung, main kawin-kawin..he..he






Ikan Laga
Jemputla datang ke Langkawi. Jangan lupa singgah sat ke mana-mana  Pasar Malam yang saya senaraikan di atas.Lebih selesa kalu anda mempunyai kenderaan, samaada menyewa kereta sewa  atau pun mendapatkan perkhidmatan teksi kerana harga tambang adalah sangat berpatutan untuk datang ke Pasar Malam Langkawi

Selamat menjamu selera di Pasar malam Langkawi.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

JOM

MAI KE

MAI KE

LANGKAWI

LANGKAWI
 

www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011