/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Thursday, March 31, 2011

Langkawi Sightseeing


Terdapat pelbagai tempat yang menarik menanti anda untuk dikunjungi, anda boleh menggunakan perkhidmatan Teksi , Perkhidmatan Bus ataupun menggunakan kereta sewa pandu sendiri. Berikut adalah tempat yang menjadi kebiasan para pelancong kunjungi apabila datang ke Pulau Langkawi:
  • Makam Mahsuri (The Tomb of Princess Mahsuri)
  • Underwater World
  • Dataran Lang (Eagle Square)
  • Kereta Kabel (Cable car Ride on Mountain Mat Cincang)
  • Oriental Village
  • Pulau Payar
  • Atma Alam Batik
  • Muzium Ibrahim Hussein
  • Pusat Menunggang Kuda 
  • Jabatan Tergantung Gunung Mat Cincang
  • Air Terjun Telaga Tujuh
  • Perkampungan Air Hangat (Hot Springs Village)
  • Beras Terbakar (Field of Burnt Rice)
  • Pantai Cenang
  • Pantai Tengah
  • Pantai Tengkorak Pantai Datai
  • Burau Bay
  • Tanjung Rhu
  • Galeria Perdana
  • Taman Burung 
  • Muzium Laman Padi
Ada beberapa pakej yang ditawarkan dengan menggunakan perkhidmatan Teksi:


Pakej A
Bilangan 1-4 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM120.00
*RM25/Jam  untuk masa tambahan
Pakej B
Bilangan 5-6 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM150.00
*RM30/Jam  untuk masa tambahan
Pakej C
Bilangan 7-8 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM170.00
*RM35/Jam  untuk masa tambahan
Pakej D
Bilangan 9-11 Orang
J/Masa 5 Jam
Harga RM195.00
*RM40/Jam  untuk masa tambahan

Pemilihan lokasi untuk dilawati adalah bergantung kepada permintaan anda, Jangkamasa  perjalanan adalah 5 jam sahaja, namun anda boleh membuat penambahan masa dengan kadar tambahan dikenakan. Anda boleh menghubungi En Zuhdi (0195221817) untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan teksi.

Antara cadangan tempat menarik yang selalu dilawati oleh pelancong adalah:
1) Membeli Belah di Pekan Kuah (Hj Ismail Group, Idaman Suri dan banyak lagi)
Kawasan pusat Membeli belah untuk:
  • Pinggan mangkuk
  • Coklat
  • Beg beroda
  • Kain Batik & Kain Pelikat
  • Minyak Gamat dan Cenderahati
-----------------------------------------------------------------------------------------------
    2)Taman Burung Langkawi (Langkawi Bird Paradise)
    Tempat ini sesuai dikunjungi jika anda datang bersama keluarga. Tempat ini amat digemari oleh kanak-kanak kerana terdapat pelgabai jenis hidupan yang dilepaskan dan juga dikurung di dalam sangkar. Anda boleh bergambar dan juga memberi makan kepada hidupan tersebut.




    -----------------------------------------------------------------------------------------------

     3) Makam Mahsuri (Mahsuri Tomb)
    Melihat sejarah peninggalan Puteri Mahsuri seperti Makam beliau dan lokasi tempat tinggal beliau, serta anda akan dihiburkan oleh tarian dan persembahan tradisioanal penduduk tempatan. Disini juga anda boleh membeli pelbagai produk gamat seperti minyak gamat, air gamat, bam gamat, herba rebusan serta banyak lagi. Apa yang menariknya, produk gamat dijual sendiri oleh pengusaha gamat tanpa melaui orang tengah. Anda boleh mendapatkan harga yang murah jika anda pandai untuk tawar-menawar harga dengan makcik-makcik penjual gamat tersebut.
    -----------------------------------------------------------------------------------------------


    4) Dataran Lang (Eagle Square)
    Bertempat di Jeti Kuah dan menjadi salah satu daya tarikan pelancong kerana terdapat Replika Burung Helang yang amat besar dan seakan-akan seperti hidup. Replika Burung Helang tersebut menjadi mercu tanda Langkawi. Pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama replikasi Burung Helang sebagai tanda kenang kenangan dari Pulau Langkawi.


    -----------------------------------------------------------------------------------------------


    5)Underwater World Langkawi
    Adalah salah satu akuarium air laut dan tawar terbesar di Asia Tenggara.Ia telah menjadi salah satu harus melawat destinasi pelancongan di Langkawi dan telah menarik sejumlah besar pelancong asing mahupun tempatan.Konsep dan tema Underwater World Langkawi diarahkan Pengetahuan, Pendidikan dan Hiburan.
    Uniknya  Underwater World Langkawi adalah melalui terowong berjalan kaki dengan panjangnya  15 meter yang terdiri dari 500,000 liter air laut yang terdapat banyak ikan besar dan makhluk laut yang unik seperti kuda laut, singa laut, penguin, anakonda
    dan banyak lagi yang menarik sedang menunggu anda.

    Harga Tiket : RM38 (dewasa), RM28 (Kanak-kanak)
    Waktu operasi: 10.00 pagi- 6.00 petang
    -----------------------------------------------------------------------------------------------

    6)Langkawi cable Car
    Terletak di Oriental Village , Kereta kabel akan membawa anda naik ke Gunung Mat Cincang dengan 42 darjah menegak ke atas dengan perjalanan keseluruhan adalah 2.2 km. Anda boleh berhenti berehat di kemuncak Gunung Mat Cincang untuk mengirup udara segar dan jelas kelihatan dari atas keseluruhan Pulau Langkawi seperti berada di atas peta 3 Dimensi.Anda juga boleh melihat kecantikan Matahari terbenam di atas kemuncak gunung.
    -----------------------------------------------------------------------------------------------

    7) Taman Buaya (Crocodile Farm)
    Taman Buaya Langkawi terletak di Teluk Datai, sekitar 3Okm dari Kuah Town. Taman buaya seluas 20 hektar yang menampung lebih dari 1000 buaya. Antara yang menjadi tarikan pelancong adalah:
    • Memberi buaya makan
    • Melihat buaya dengan lebih dekat melaui jambatan yang disediakan
    • Melihat buaya bergelut sesama sendiri
    Harga tiket: (Dewasa) RM8.00, (Kanak-kanak) RM6.00
    Waktu Operasi:9.00 pagi- 6.00 petang
    -----------------------------------------------------------------------------------------------
    Selamat Datang Ke Pulau Langkawi, 
    Klik bahagian dibawah untuk jenis perkhidmtan yang diperlukan. 


    Taman Agro-Teknologi Mardi Langkawi perkenal pakej baru


    01/03/2011 11:04am

    LANGKAWI 1 Mac - Taman Agro-Teknologi Stesen Mardi Langkawi di Lubuk Semilang memperkenalkan pakej aktiviti lasak sebagai tarikan terbarunya bermula hari ini.
    Pengurus Stesen Mardi Langkawi, Hassim Mat berkata, pakej itu akan dijalankan di kawasan hutan tropika seluas empat hektar.
    "Ini adalah sebahagian usaha mempromosi untuk mempelbagaikan program taman di samping meningkatkan kehadiran pelancong,” katanya kepada Bernama.
    Pakej yang lain yang disediakan ialah lawatan ke ladang, perkhemahan dan pembelajaran tentang alam semula jadi.
    Beliau berkata, Mardi menyasar kira-kira 60,000 pelancong akan melawat taman itu tahun ini berbanding 45,000 orang tahun lepas dan 32,000 orang tahun sebelumnya.
    "Sepanjang Januari lepas sahaja, lebih 3,000 pelancong dari 73 negara seluruh dunia melawat taman ini,” katanya. - Bernama

    Sumber: Utusan Online


    Sebarang Masalah


    Jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan cukai barangan, sila rujuk kepada senarai berikut:

    KETUA KASTAM LANGKAWI
    Pejabat Kastam Bukit Malut
    Tel: 04-9699001

    KETUA CAWANGAN PENCEGAHAN
    Pejabat Kastam Bukit Malut
    Tel: 04-9699007

    KETUA CAWANGAN
    LAPANGAN TERBANG LANGKAWI
    Tel: 04-9551832

    KETUA CAWANGAN
    IMPORT/EKSPORT TANJUNG LEMBUNG
    Tel: 04-9699010

    KETUA CAWANGAN
    JETI KUAH
    Tel: 04-9699002


    Syarat Untuk Mendapat Pengecualian Cukai Kastam Langkawi


    Anda layak menerima pengecualian cukai sekiranya:

    1. Berada di Langkawi tidak kurang dari 48 jam
    2. Mengemukakan bukti bagi syarat di atas seperti contoh berikut:
    • Tiket feri/ Kapal Terbang ke Langkawi
    • Surat tawaran kursus/ Sijil Kehadiran
    • Resit hotel
    • Dokumen lain yang sesuai
    Butiran 19, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988
      -----------------------------------------------------------------------------------------------






      Jenis Barang Digemari Pelancong

      JENIS BARANG BERCUKAI TIDAK BERCUKAI
      (LARANGAN)
      PERLU PERMIT
      Barang kaca (Pinggan mangkuk, gelas dan sebagainya)


      Coklat

      Pakaian (Kain Pelekat, Baju T)

      Minyak Wangi

      Jam Tangan

      Minyak Gamat

      Kamera

      Rokok*
      Minuman Keras*
      Kain Batik


      *Layak Pengecualian
      Butiran 19, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988
      -----------------------------------------------------------------------------------------------
       Barang-Barang Berasal Dari Langkawi


      Dikecualikan Cukai Bila Diimport ke Kawasan Utara Kastam
      Bird's eggsCement
      Marble
      Ikan Bilis
      Kelapa
      Serbuk Kopi
      Buah-buahan
      Madu
      Tebu
      Sayur-sayuran
      Poultry
      Wood charcoalKayu bakau
      Kraftangan
      Whetstones
      Telurs
      Copra
      Sawn rubber-wood
      Air Gamat
      Makjun Gamat
      Gamat Herba pil
      Syarat-Syarat
      • Barang asal dari Langkawi
      • Import terus dari Langkawi


      Butiran 122, Perintah Duti Kastam (Pengecualian )1988
      ----------------------------------------------------------------------------------------------- 

      Duti Barang Persendirian

      Kadar duti bagi semua barang-barang bercukai yang dibawa ke Kawasan Utara Kastam oleh penumpang melaui tempat yang ditetapkan di atas adalah 30% atas harga barang berkenaan.

      Tempat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
      • Jeti Kuah
      • Lapangan  Terbang Antarabangsa Langkawi
      • Harbour Park
      • Porto Malai
      Duti Kasatam bagi kenderaan, minuman keras, rokok, cigar, tembakau adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 1996.

      Perintah Duti Kastam 1996
      -----------------------------------------------------------------------------------------------


        Apa Yang Pelancong Gemar Shopping di Langkawi


        Assalamualaikum.....

        Di sini saya ingin menyampaikan  hajat seseorang yang menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk mencari anak angkat yang baru lahir ataupun yang berumur 2 tahun ke bawah. Lelaki atau perempuan itu beliau tidak kisah.

        Beliau memang berhajat untuk mendapatkan anak setelah lama berumahtangga tetapi tidak mempunyai rezeki. Beliau ada menghubungi beberapa badan kebajikan untuk tujuan tersebut tetapi  prosedurnya agak merumitkan dan beliau terpaksa menunggu lama kerana senarai yag mendaftar agak panjang.

        Oleh yang demikian beliau mengambil altenatif lain dengan meminta saya menulis untuk mencari anak angkat di dalam ruangan ini moga-moga ada yang membaca dan dapat membantu. Saya doakan moga usaha murni beliau di berkati dan dipermudahkan Allah...Amin!

        Beliau yang saya kenal sangat komited dan berpegang teguh  pada agama dan mempunyai pendapatan yang tetap. Bagi saya beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendidik anak.

        Jika sesiapa mempunyai maklumat berkenaan dengan anak angkat silalah menghubungi beliau seperti berikut:
        serojaputih12@yahoo.com



        Pengecualian Cukai Barang di Langkawi


        Seperti yang kita maklum, selain mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati,Langkawi juga menjadi tarikan pelancong disebabkan oleh "Pulau Bebas Cukai". Di istiharkan sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 1987, dimana di bawah Akta Kewangan (No.2) 1986.

        Barang-barang yang diberi pengecualian adalah seperti berikut:
        1. Tembakau tidak melebihi 225 gm (bersamaan 200 batang rokok)
        2. Pakaian tidak melebihi 3 pasang (kalu lebih pandai-pandailah yer..he.he)
        3. Kasut 1 Pasang 
        4. Makanan tidak lebih RM75 
        5. 1 unit barang elektrik atau berkuasa bateri (bimbit) untuk kegunaan personal dan hygiene tidak melebihi 1 unit setiap satu
        6. Barang-barang lain termasuk cenderamata tidak melebihi RM500 bagi barangan selain no1 dan no2 diatas
        Sumber:Butiran 19, Perintah Duti Kastam (Pengecualian)1988

        Cukai Kenderaan Terpakai | Syarat Cukai | Borang Kastam Langkawi 


        Blog Rujukan


        http://www.langkawibiliksewamurah.com
        http://www.dzaliahomestay.blogspot.com
        http://www.langkawihomestay.com
        http://www.tigerlinelangkawi.com
        http://www.telukyuholidays.blogspot.com/
        http://www.cuti.com.my/
        http://www.maleisure.com/langkawi_island.htm
        http://www.langkawi-holiday.net/langkawi-map/
        http://www.fnetravel.com/english/langkawihotels/berjaya-langkawi-resort.html
        http://www.wansaidin.blogspot.com
        http://www.sirehlagenda.blogspot.com
        http://www.touch1collection.blogspot.com
        http://www.langkawistory.com


        Wednesday, March 30, 2011

        Langkawi Map




        Klik pada gambar untuk pandangan lebih besar



        JOM

        MAI KE

        MAI KE

        LANGKAWI

        LANGKAWI
         

        www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011