Alhamdulilah...
Dilaporkan GST yang akan bermula 1 April 2015 tidak akan dikenakan di tiga kawasan iaitu Labuan, Langkawi dan Tioman.
Apa itu GST?
GST
atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai
di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna
mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai
kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh
lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada
sekarang.
Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)? Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.
Mengapa kerajaan melaksanakan GST? Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.
Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia
ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna
dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport
dan isu-isu harga pindahan.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Apakah kadar GST? Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.
Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan
negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina ,
Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa? Mulai 1 April 2015.
Apa yang dikenakan GST ? Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.
Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal? Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
- Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
- Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
- Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
- Jual beli dan sewa rumah kediaman
- Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh
peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali
RM300 kepada penerima BR1M.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama? Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.
Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.
Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
Bagaimana pula dengan perniagaan?
- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
- Geran latihan GST RM100 juta
- Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian? Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan
berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan
dan sistem cukai yang adil"
Sumber: http://www.astroawani.com/budget/news/show/q-a-apakah-itu-gst-24529