/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Monday, September 5, 2011

PTPTN- UJRAH SOAL JAWAB


PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN
CONVERSION UJRAH

A. PERMOHONAN/TAWARAN
1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran pertukaran Ujrah 1%?

Jawapan : Tawaran pertukaran pinjaman sedia ada (3% atau 5%) kepada pembiayaan Ujrah 1% layak diterima oleh peminjam-peminjamyang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali
bagi kes-kes berikut :
i. Telah dikenakan tindakan saman;
ii. Telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan
mendapat penaja lain); dan
iii. Telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana menamatkan pengajian Kelas Pertama.

2. Apakah asas penawaran Ujrah?

Jawapan : Asas yang digunakan adalah seperti berikut :
i. Jumlah pembiayaan : Berdasarkan jumlah baki pinjaman pada 1 Jun 2008
ii. Tarikh kuatkuasa : 1 Jun 2008 atau tarikh mula bayar balik sebenar, mana-mana tarikh yang terkemudian.

Contoh :
a. Tarikh mula bayar balik 1 Januari 2002 maka tarikh kuatkuasa 1 Jun 2008
b. Tarikh mula bayar balik 1 September 2009
 maka tarikh kuatkuasa 1 September 2009

iii. Tempoh bayaran balik baru adalah berdasarkan kepada baki
pinjaman pada tarikh kuatkuasa seperti berikut:


3. Apakah yang dimaksudkan dengan baki pinjaman pada tarikh kuatkuasa?

Jawapan : Baki pinjaman pada tarikh kuatkuasa bermaksud jumlah prinsipal dan juga kos pentadbiran yang masih belum dijelaskan, mengambil kira semua bayaran balik yang telah dibuat sebelum tarikh kuatkuasa.

4. Bagaimanakah kiraan Ujrah untuk pertukaran ini?

Jawapan : Jumlah Ujrah = [Kadar Ujrah (1%) / 12] x Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan x tempoh bayaran balik (bulan)

5. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran pertukaran Ujrah?

Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :
i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan menggunakan no kad
pengenalan dan memasukkan alamat e-mel peminjam;

ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke alamat e-mel peminjam yang didaftarkan. Kegagalan membuat pengemaskinian akan menyebabkan permohonan pertukaran tidak akan diproses;

iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat e-mel peminjam; dan

iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 90 hari daripada tarikh tawaran

6. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?

Jawapan : Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat pada bila-bila masa selewat-lewatnya pada 30 September 2011.

7. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran pertukaran Ujrah?

Jawapan : Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada setiap minggu. Bagi peminjam yang telah mendaftar dan mengemas kini pada minggu semasa, dokumen tawaran akan dikeluarkan pada minggu yang berikutnya. Dokumen tawaran dihantar ke e-mel yang telah didaftarkan.

8. Saya telah menerima makluman melalui sms bahawa telah ditawarkan pertukaran Ujrah. Walau bagaimanapun saya tidak menerima sebarang e-mel dokumen tawaran. Bagaimana boleh saya mencetak dokumen tawaran berkenaan?

Jawapan : Sekiranya peminjam tidak menerima e-mel daripada webmaster PTPTN, semakan dan cetakan dokumen tawaran boleh dibuat melalui laman web PTPTN di petak Laman PTPTN online. Jika menghadapi masalah kata laluan, sila tekan terlupa kata laluan untuk menukar kata laluan baru dan ia akan dihantar ke e-mel tuan. Untuk makluman juga, panduan pengguna juga telah disediakan di laman web tersebut sebagai rujukan/ panduan.

9. Saya telah ditawarkan pertukaran Ujrah pada 10 April 2011 dan sedang melengkapkan dokumen tawaran berkenaan. Saya tidak boleh mendapatkan tandatangan penjamin dan pengesahan majikan untuk
potongan gaji. Adakah dokumen saya dianggap tidak lengkap?

Jawapan : Mulai Mei 2011, PTPTN telah pun melonggarkan syarat penjamin dan pegesahan majikan untuk potongan gaji. Semua dokumen yang dikembalikan (termasuk tawaran sebelum Mei 2011) tanpa melengkapkan maklumat berkenaan diterima sebagai lengkap.

10. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran pertukaran Ujrah?
Jawapan : Anda akan ditawarkan pertukaran Ujrah sebaik tamat pengajian.

11. Saya mempunyai baki pinjaman Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?
Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.

B. BAYARAN BALIK/PENGUATKUASAAN

1. Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak
menerima tawaran Ujrah?
Jawapan : Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran Ujrah.

2. Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?

Jawapan : Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada budi bicara PTPTN.

3. Saya telah menerima Notis Peringatan Terakhir dan/atau Notis Tuntutan tetapi masih belum dikenakan tindakan saman, adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran ini?

Jawapan : Peminjam layak untuk menerima tawaran Ujrah ini. Walau bagaimanapun peminjam dihendaki menjelaskan kos penguatkuasaan yang telah dikenakan.

4. Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah ini?
Jawapan : Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik. Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.


5. Saya telah pun membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN.

a) Walau bagaimanapun saya tidak mengisi borang potongan gaji semasa menerima tawaran Ujrah.
Jawapan : Potongan gaji sedia ada akan di teruskan.

b)Saya mengisi borang potongan gaji tetapi amaun ansuran semasaberbeza dengan tawaran Ujrah.
Jawapan : PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji denganpihak LHDN. Maklumat berkenaan pindaan tersebut akan dikemukakankepada majikan dan salinan kepada peminjam

C. LEJAR/PENYATA

1. Bilakah akaun pinjaman peminjam dikemas kini?
Jawapan : Akaun pinjaman peminjam akan dikemas kini selepas dokumen tawaran diterima dan diproses serta disahkan oleh PTPTN. Proses pengemaskinian dibuat secara mingguan. Paparan di penyata kira-kira peminjam dapat dilihat selepas proses pengemaskinian dilakukan

2. Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?
Jawapan : Akaun pinjaman yang lama akan dikosongkan dan dipindahkan/diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.

3. Apa berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas tarikh kuatkuasa?
Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas tarikh kuatkuasa akan dipindahkan ke akaun pembiayaan Ujrah dan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pembiayaan yang baru. Kos pentadbiran yang dikenakan selepas tarikh kuatkuasa Ujrah akan dikecualikan sehingga tarikh semasa. Sebarang lebihan bayaran balik akan menyelesaikan ansuran bulanan ke hadapan.

4. Bolehkah saya menyemak penyata akaun pembiayaan Ujrah saya melalui laman web?
Jawapan : Peminjam boleh membuat semakan penyata akaun pembiayaan Ujrah di laman web PTPTN melalui petak Laman PTPTN Online.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

JOM

MAI KE

MAI KE

LANGKAWI

LANGKAWI
 

www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011