/*------------------------------------*/ /*-------------------------------------*/

Langkawi-Bilik Sewa Murah

Kini anda mempunyai altenatif untuk mendapatkan penginapan yang menjimatkan dan selesa di Langkawi.Harga yang di tawarkan mengikut pakej bilik yang diminta. Untuk maklumat lanjut layari : (www.langkawibiliksewamurah.com)

Langkawi bilik sewa

Pakej Syamil Quran 22 dalam 1

Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Langkawi Kereta Sewa

Koleksi Kereta Sewa Di Langkawi Dalam Kadar Harga yang murah..dapatkan Segera

image name

Kedai Minyak Gamat Langkawi

Dapatkan Koleksi Pelbagai Produk Gamat Dan juga Herba Langkawi

image name

Langkawi Bilik Sewa Murah

Dapatkan Bilik Sewa Termurah, Bilik dilengkapi Aircond, TV dan Bilik Air

image name

80% OFF JUBAH MUSLIMAT-DEPAN HOSP LANGKAWI

Touch One Collection merupakan sebuah kedai menjual pakaian khususnya dan pelbagai produk baju muslimah in seperti T-Shirt, Jubah, Baju Kurung dan aksesori wanita. Nama "Touch One" asalnya diperoleh dari gabungan singkatan nama pasangan suami isteri pemilik syarikat ini iaitu tasya(Saidatul Natasya) dan wan(Mohd Ridzuan).Alamat perniagaan:Depan Hospital Besar Langkawi, 07000 Langkawi Kedah.Pelanggan yang sibuk boleh menempah atau membuat belian secara online di(http://touch1collection.blogspot.com)

image name

Saturday, June 11, 2011

Biasiswa Negeri Kedah-DiBuka 15 JUN hingga 15 JULAI 2011


Assalamualaikum
Minggu lepas pada hari Ahad 6hb, saya ada menemani Nini dan syafiqah anak buah saya untuk mendaftar masuk ke Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar. Kami tiba di Kolej seawal jam 7.30 pagi.

Alhamdulilah, sejuk perut ibu yang mengandung apabila melihat anak-anak remaja kita berpakaian amat sopan bertetapan dengan syariat agama kita. Pelajar perempuan bertudung labuh dan pelajar lelaki memakai kemeja dan berkopiah. Semuanya sopan mendengar arahan sebelum kaunter pendaftaran dibuka. Mereka datang dari pelbagai pelusok negeri dan tidak ketinggalan juga ada sekumpulan pelajar yang baru tiba dari negara jiran, Thailand.
Terdetik di dalam hati saya, inilah bakal pewaris nabi dan insyaallah wajah-wajah inilah pembela agama dan bangsa. 
nini dan fiqah
 Selesai proses pendaftran kami bergegas untuk mendaftar pada bahagian asrama pula. Alhamdulilah , di permudahkan Allah proses berjalan dengan lancar.

Selesai segalanya, saya terfikir berkenaan dengan pinjaman untuk pendidikan anak-anak buah saya. Sebagai anak Kedah banyak peluang yang harus mereka  ambil.

Untuk itu, saya ambil keputusan untuk pergi mendapatkan maklumat berkenaan dengan biasiswa/pinjaman negeri Kedah di Wisma Persekutuan.

Alhamdullilah taklimat yang diberikan oleh pegawai di sana sangat memuaskan hati. Di sini saya akan berkongsi berkenaan dengan maklumat tersebut supaya dapatlah kita bersama-sama ambil manfaat terutamanya jika ada anak-anak kita yang dapat melanjutkan pelajaran dan belum mendapat mana-mana tajaan pinjaman pelajaran.

MAKLUMAT RINGKAS PINJAMAN PELAJARAN  INSTITUT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN
  • Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah
  • Mendapat tawaran tempat pengajian DALAM NEGARA SAHAJA
  • Tidak ada penganjur lain
  • Pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah pertama, sarjana dan Phd secara SEPENUH MASA
  • Mengikut pengajian di IPT yang ditawarkan pinjaman sahaja
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI YANG DITAWARKAN PINJAMAN
  • Semua Universiti Awam di Malaysia
  • Semua Universiti Teknologi MARA
  • Semua Politeknik Awam di Malaysia
  • Kolej Komuniti ( Cawangan Kedah Sahaja)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
  • Kolej Universiti INSANIAH
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu
  • ASIAN Institute of Medicine, Science & Technology (AIMST)
  • Universiti Industri Selanggor (UNISEL), Selanggor
  • Terengganu Advance Technical Institute, Terengganu (TATI)
  • Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia
KADAR PINJAMAN DIBERI
  • Sijil- RM2,000.00 setahun
  • Diploma-RM3,000.00 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda- RM5,000.00 setahun
  • Ijazah Sarjana-RM6,000.00 setahun
  • Doktor Falsafah (PhD)-RM7,500.00 setahun
TAWARAN PERMOHONAN
Dibuka mulai 15 JUN sehingga 15 JULAI setiap tahun

CARA MEMOHON
  • Permohonan dibuka mulai 15 Jun sehingga 15 Julai setiap tahun 
  • Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melaui laman web LBNK di alamat www.lbnk.gov.my
  • Pemohon dikehendaki menghantar dokumen-dokumen berkaitan bersama Pengesahan Permohonan yang dicetak melalui laman web LBNK beserta Kiriman Wang (MO) atau Wang Pos Malaysia (PO) bernilai RM2.00 atas nama " Lembaga Biasiswa Negeri Kedah" sebagai bayaran proses permohonan ke alamat berikut:
PENGARAH
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH DARULAMAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
ARAS 2, BLOCK C, WISMA DARUL AMAN
05503 ALOR STAR
KEDAH DARULAMAN

Sebarang Pertanyaan dan masalah sila hubungi:

Puan Norhaliza Bt Abdul Khalid
Pembantu Tadbir N 17
(Unit Biasiswa Kecil Sek Men )
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Tel: 04-7744451/04-7744452


website: http://wwwlbnk.gov.my
email: pinjaman@lbnk.gov.my

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

JOM

MAI KE

MAI KE

LANGKAWI

LANGKAWI
 

www.langkawi-map.blogspot.com Copyright © 2011